• Program Korban & Aqiqah Di Madrasah Hashimiah

    26 Ogos 2014 - Syawal sudah berlalu, tinggal sebulan lebih sahaja lagi kita akan menyambut AidilAdha pula. Madrasah Hashimiah ingin memberi peluang kepada semua untuk bersama-sama menyertai ibadah Korban & Aqiqah disini.



    Pengetua madrasah, Ustaz Al-Hafiz Hashim B. Kassim bercadang untuk membeli seekor lembu yang besar untuk korban kali ini. Anggaran seekor lembu yang besar adalah RM5000.00 (RM720.00 satu bahagian). Manakala anggaran seekor kambing adalah RM1000.00 seekor. Kos ini termasuk sekali penyembelihan, pengagihan dan juga memasak untuk anak-anak yatim dan miskin pelarian Madrasah Hashimiah.


    Program korban tahun lepas

    Penerima daging korban tahun lepas




    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

    Mohd Hadi Ramlee
    Pembantu Pegawai Tadbir
    018-2882 754
    03-61203263(Pejabat)
    mhashimiah@gmail.com