• Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah Kali ke 17 Berlangsung Dengan Jayanya


    Alhamdulillah setelah tiga bulan persediaan dilakukan untuk menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah kali ke-17, akhirnya dapat dijayakan dengan penuh gilang gemilang pada 30 April 2017 yang lalu. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan anak-anak tahfiz dan  yatim Madrasah Hashimiah untuk tahun ini. Antara jemputan-jemputan VIP yang turut hadir untuk meraikan kejayaan anak-anak disini adalah Ustaz Muhammad Zamir bin Bahall yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAWI, Datuk Nor Adnan Zainal Penasihat Kindness Malaysia, dan Encik Noriduan Abd Rahman Pengerusi Kindness Malaysia.

    Barisan tetamu-tetamu VIP
    Antara sukarelawan Kindness Malaysia yang turut membantu dalam menjayakan majis
    Majlis bermula tepat pada pukul 10 pagi selepas kehadiran perasmi iaitu Ustaz Muhammad Zahir bin Bahall. Ia diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan bacaan doa. Selepas majlis dirasmikan ia diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada tiga orang pelajar yang berjaya menjadi hafiz -hafizah iaitu adik Zubair bin Adam, adik Shahid bin Jamal dan Nasima binti Nur Muhammad .

    Pelajar hafiz-hafizah yang berjaya hafaz 30 juzuk Al-Quran 

    Juadah yang disediakan sangat menyelerakan

    Terpancar kegembiraan diwajah mereka

    Pada majlis ini tetamu-tetamu dijamu dengan juadah yang enak. Tiga ekor lembu telah disembelih untuk meraikan majlis ini. Lembu-lembu ini telah ditaja oleh NGO seperti Prelove4charity dan orang persendirian. Selain itu, hadiah-hadiah untuk majlis juga turut ditaja oleh Kindness Malaysia, Prelove4charity, HumanityBuddhist Tzu Chi, Team Sadaka, Let’s Put Smile On Their Faces dan Sanggar Suri. Pihak Madrasah Hashimiah mengucapkan ribuan terma kasih kepada semua penaja untuk majlis ini. Hanya tuhan sahaja dapat membalas budi baik anda semua.

    Barisan tetamu daripada Myanmar

    Pengasas Madrasah Hashimiah Ustaz Hashim Al-Hafiz memberikan sedikit ucapan

    Adik-adik tak sabar untuk mendapat hadiah
    Setiap tahun Madrasah Hashimiah akan mengadakan  majlis penyampaian hadiah. Jika para dermawan yang berhajat untuk untuk menaja majlis seperti ini atau berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat  Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754/03-61275582.

    Nurhayati Binti Abd Rahim
    Pelajar Latihan Industri (USIM)
    Madrasah Hashimiah