• Kelas Menjahit Bersama Sewing World Gallery



    Pada 9 Julai 2017, seramai 3 orang pelajar dan 3 orang guru Madrasah Hashimiah di jemput untuk menghadiri kelas asas menjahit di Sewing World Gallery di One City, Subang. Sewing World Gallery merupakan sebuah organisasi yang mengadakan kelas asas jahitan. Kelas ini mengajar cara menjahit menggunakan pakaian terpakai seperti jeans lama bagi menghasilkan beg. Objektif organisasi ini adalah untuk menarik minat dan memberikan peluang yang berfaedah kepada negara, industri dan masyarakat. Kelas ini membuka peluang kepada masyarakat untuk menjual hasil kraftangan mereka. 

    Tenaga pengajar menerangkan cara jahitan

    Ustazah Twayibar mendengar perkongsian Ustaz Hashim

    Tenaga pengajar Madrasah Hashimiah terlibat kelas menjahit


    Sehubungan itu, Madrasah Hashimiah di jemput untuk menghadiri kelas jahitan bagi menghasilkan kraftangn yang boleh di hasilkan daripada pakaian terpakai. Mereka berpeluang untuk mempelajari jahitan untuk menghasilkan bag yang boleh di gunakan seharian. Mereka juga boleh menjual hasil jahitan kraftangan mereka kepada masyarakat luar, pasaran jahitan dan di samping boleh menjana pendapatan keluarga. Dalam masa yang sama pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah dapat menambah kemahiran-kemahiran yang baru dan membantu sumber ekonomi mereka.



    Salah satu teknik untuk memudahkan menjahit 

    Guru-guru yang berjaya hashikan kraftangan jahitan

    Oleh yang demikian, pelajar-pelajar terutama perempuan dan tenaga pengajar Madrasah Hashimiah boleh menambah kemahiran menjahit dan di samping itu juga dapat menembah pendapatan keluarga melalui jualan hasil jahitan kraftangan kepada pembeli tempatan dan luar. Boleh di jual dalam pasaran jahitan secara atas talian mahupun secara di luar talian. InsyaAllah pada masa akan datang Madrasah Hashimiah akan mengadakan kelas kemahiran untuk pelajar-pelajar lelaki.


    Antara hasil jahitan pelajar dan tenaga pengajar madrasah

    Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah