• Pembukaan Asrama Perempuan Madrasah Hashimiah


    19-7-2017 bersamaan hari Rabu telah berlaku nya pembukaan rasmi asrama untuk pelajar perempuan Madrasah Hashimiah. Majlis tesebut di rasmikan oleh pengasas dan merangkap pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim, Encik Muhammad Bin Kamarulazizi selaku Pengerusi dan tatamu dari Myanmar, Mufti Samiullah untuk meraikan insan-insan yang terpilih untuk duduk di asrama. Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Esa atas limpahan rezeki yang di kurniakan pada pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. 

    Ustaz Hashim memberi ucapan ringkas kepada tetamu

    En Muhammad memberi penerangan kepada ibu bapa dan pelajar
    Sehubungan itu pihak Madrasah Hashimiah akan memilih pelajar-pelajar yang mempunyai syarat kelayakan yang di tetapkan oleh Ustaz Hashim Bin Kassim. Buat permulaan pelajar perempuan yang akan di pilih seramai 5 orang untuk duduk di asrama. InsyaAllah akan bertambah dari masa ke semasa mengikut penetapan yang di buat oleh Pengetua Madrasah Hashimiah. Asrama perempuan juga akan ada guru perempuan atau individu yang di lantik oleh pihak madrasah akan duduk bersama pelajar perempuan untuk keselamatan pelajar. 

    Ibu bapa yang turut hadir dalam majlis 
    Ruangan pelajar perepuan untuk belajar komputer dan kelas jahitan 
    Oleh yang demikian. untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah