• Kehadiran Pelajar-Pelajar USIM Di Madrsah Hashimiah


    Hari sabtu merupakan hari terakhir dalam seminggu untuk sesi persekolahan di Madrasah Hashimiah dan hari Ahad merupakan cuti bagi pelajar-pelajar di madrasah. Pada hari Sabtu juga akan ada program dari pihak luar yang ingin melakukan aktiviti-aktiviti bersama pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Antara yang pernah buat program di madrasah pelajar-pelajar universiti, syarikat koperat dan badan badan bukan kerajaan(NGO) yang ingin berkongsi rezeki dan kegembiraan bagi pelajar-pelajar madrasah.

    Pelajar-pelajar sedang buat origami 

    Zubair dan Shahid antara pelajar senior terlibat 
    Hari Sabtu yang lepas, Madrasah Hashimiah telah di kunjungi oleh pelajar-pelajar tahun satu Unversiti Sains Islam Malaysia(USIM) untuk meraikan pelajar-pelajar di madrasah. Kehadiran pelajar-pelajar USIM sedikit sebanyak memberi kegembiraan pelajar-pelajar madrasah dengan aktiviti-aktiviti yang di lakukan bersama-sama seperti membina Origami, permainan teka perkataan dan membuat pakaian melalui surat khabar dan alatan-alatan yang di sediakan oleh pelajar-pelajar USIM. Dalam pada masa yang sama pelajar-pelajar akan berkongsi cerita untuk merapatkan hubungan silatuhrahim dengan masyarakat di luar. 


    Pelajar-pelajar USIM sedang melakukan aktiviti mereka cipta pakaian

    Guru-guru madrasah juga melibatkan diri dalam program tersebut 
    Gambar bersama-sama Pengerusi dan pelajar-pelajar USIM


    Terima kasih kepada pelajar-pelajar USIM atas kersama yang baik dan memberi sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit demi meraikan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Oleh itu, bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah