• Pertandingan Futsal Amal kembali lagi tahun ini dan pasukan futsal Madrasah Hashimiah insyaAllah akan turut serta untuk merebut kejuaraan Futsal Amal 2012. Latihan kembali bermula setiap petang dengan latihan stamina dan teknikal yang diketuai oleh sukarelawan Muslim Aid, en Rahman yang telah menjadi pengurus pasukan futsal Madrasah Hashimiah sejak tiga tahun lepas.

    Pasukan futsal Madrasah Hashimiah memerlukan sumbangan untuk menjalani latihan serta persediaan untuk pertandingan futsal amal ini.

    Antara keperluan yang diperlukan seperti
    1- 10 helai jersi pasukan termasuk penjaga goal, anggaran RM500 (boleh meletak logo syarikat atau organisasi di hadapan jersi jika mahu)
    2- Bola sepak dan bola futsal, anggaran sebiji bola RM80 (untuk latihan)
    3- Kon bola sepak anggaran satu set kon RM50
    4- 10 kasut futsal anggaran sepasang kasut RM100



     
    anak-anak yatim Madrasah Hashimiah telah berdaftar untuk pertandingan Futsal Amal 2012

     

    Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”  ~ Riwayat Bukhari dan Muslim