TENTANG KAMI

Sebuah sekolah komuniti berasrama yang fokus pada pendidikan tahfiz dan akademik untuk anak-anak pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. Alamat: Madrasah Hashimiah, 111-3 Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100, Kuala Lumpur. No tel: 03-61275582, Whatsapp: 0182882754. Email: mhashimiah@gmail.com

SIAPA KAMI

Pengasas, Pengerusi dan Guru-guru yang Dedikasi.

  • Muhammad bin Kamarulazizi

    Pengerusi

    Juga merupakan Pengasas kepada NGO Kindness Malaysia.

  • Ustaz Al Hafiz Hashim bin Kassim

    Pengasas/Pengetua

    Mengasaskan Madrasah Hashimiah pada tahun 1997 dan menguruskannya sehingga ke hari ini.

  • Guru dan Anak-anak

    Penghuni Madrasah Hashimiah

    12 orang guru yang dedikasi serta 171 anak-anak pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya.

Informasi

Informasi tentang Madrasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim.

Penghuni Madrasah Hashimiah

Jumlah Murid 171 orang
Murid Tinggal di Asrama 60 orang
Jumlah Guru 12 orang

Perbelanjaan Bulanan

Pendidikan 55%
Makanan 30%
Sewa dan Ulitiliti 15%

Pecahan Penghuni

Pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya 98%
Anak-anak fakir miskin 60%
Anak-anak yatim 40%

PENCAPAIAN

Kami berusaha memberi yang terbaik buat anak-anak kami di Madrasah Hashimiah.

3

3 tahun berturut-turut johan tilawah Al-Quran antara Rumah Kebajikan KL dan Selangor

50

Jumlah Hafiz dan Hafizah yang dihasilkan sejak dibuka

4

Guru yang mempunyai ijazah yang mengajar di Madrasah Hashimiah dengan gaji antara RM600-RM1000 sahaja

1

Ustaz al Hafiz Hashim antara satu satunya guru pelarian yang mendapat tauliah mengajar dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

PENGISIAN

Pelbagai pengisian disediakan untuk anak-anak yatim dan pelarian di Madrasah Hashimiah. Sumbangan anda sangat bermakna untuk kelangsungan hidup mereka.

  • Korban Bersama Madrasah Hashimiah Bantu 1200 Keluarga Fakir

     Alhamdulillah, bagi tahun 2020 atau 1441H, jumlah korban yang diterima oleh Madrasah Hashimiah ialah sebanyak 8 ekor lembu dan 6 ekor kambing. Penyembelihan bagi kambing berlangsung pada hari Aidiladha sendiri dan baki lembu telah berlangsung pada hari tasyrik.


    Keadaan Aidiladha tahun ini agak berbeza dengan situasi berjaga-jaga dengan Covid-19 juga kehangatan tentang sentimen yang bermain di minda masyarakat tentang pelarian dan PATI masih hangat dibualkan. Namun begitu dengan perancangan rapi, pengurusan Madrasah Hashimiah telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan terutama semasa mengagihkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

    Sumbangan diberikan kepada wakil keluarga murid Madrasah Hashimiah

    Jamuan untuk anak-anak Murid Madrasah Hashimiah

    Keluarga penerima bersama Pengerusi Madrasah Hashimiah Muhammad bin Kamarulazizi dan Pengetua Madrasah Hashimiah Ustaz Hashim bin Kassim

    Tajaan dari Rempah Mak Siti

    Pek untuk diagihkan kepada yang memerlukan

    Sarung tangan, pelitup muka dan hand sanitizer digunakan semasa pengagihan dan jarak antara penerima juga diambil kira. Alhamdulillah, pengagihan berlaku secara berperingkat dan dibahagikan terus kepada 6 kawasan utama di sekitar Madrasah Hashimiah. Jumlah keseluruhan penerima ialah lebih 1200 buah keluarga dengan anggaran 5000 ke 6000 orang yang menerima manfaat daging korban.


    Bersama dengan daging korban, keluarga fakir miskin pelarian ini juga menerima bahan memasak seperti kari daging, garam, minyak masak, bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan serbuk cili bagi memudahkan bagi mereka menyediakan juadah bersama seisi keluarga.


    Jarang sekali mereka dapat menikmati daging

    Dimasak sendiri oleh guru-guru di Madrasah Hashimiah

    Kedutaan UAE juga telah memberi sumbangan dalam bentuk kurma basah dan syarikat rempah Mak Siti telah menaja pek kari untuk diagihkan bersama. Bantuan juga telah diberikan oleh BeKind Malaysia, Let's Put a Smile on Their Face (SMILES) dan juga beberapa orang dermawan yang prihatin.


    Ramai yang menerima manfaat untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini. Semoga usaha semua yang terlibat mendapat keberkatan dan naungan Rahmat dariNya.

    Muhammad bin Kamarulazizi

    Pengerusi

    Madrasah Hashimiah

  • Ibadah Korban Bersama Madrasah Hashimiah Bagi Tahun 2020/1441H

     

    Ibadah korban akan berlangsung lagi pada tahun ini bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal jatuh pada 31 Julai 2020 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1441. Tahun ini penyembelihan lembu korban akan berlangsung di ladang lembu dan cadangannya akan disembelih pada Hari Raya Aidiladha yang kedua iaitu hari tasyrik.

    poster korban Madrasah Hashimiah

    Selesai penyembelihan, maka proses melapah akan terus dijalankan dan sebahagian daripada daging ini akan disimpan untuk anak-anak yatim dan pelarian di Madrasah Hashimiah nikmati di masa akan datang. Sebahagian lagi daging korban ini akan dikongsikan dengan keluarga murid-murid Madrasah Hashimiah.

    Dalam keadaan sekarang, kebanyakan komuniti pelarian sudah tiada lagi pekerjaan, dan ramai yang tidak mampu untuk bayar sewa tempat tinggal. Untuk peroleh makanan asas juga menjadi satu cabaran yang besar buat kebanyakan mereka. 

    Lembu besar untuk korban Madrasah Hashimiah

    Oleh itu Madrasah Hashimiah ambil inisiatif untuk turut serta bantu keluarga murid-murid Madrasah Hashimiah agar dapat ringankan beban yang dihadapi mereka sekarang.

    Satu bahagian lembu bersaiz biasa ialah RM750 dan lembu bersaiz besar ialah RM2150. Kos korban adalah termasuk kos penyembelihan, melapah dan pengagihan.

    Bagi yang bermurah hati untuk turut serta ibadah korban bersama Madrasah Hashimiah, boleh terus lakukan pembayaran ke

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Korban

    Sertakan sekali butiran berikut bersama dengan slip bank ke mhashimiah@gmail.com atau melalui http://www.wasap.my/+60182882754

    Nama Peserta Korban:
    Jumlah Bahagian:
    No Tel:

    Sijil digital ibadah korban untuk setiap peserta


    "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

    Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Madrasah Hashimiah di 0182882754. Semoga ibadah korban tahun ini lebih bermakna.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah
  • Dari PKP ke PKPD di Kawasan Madrasah Hashimiah



    Bermula malam tadi, seluruh kawasan pasar borong ditutup untuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Saya terima panggilan Ustaz Hashim, pengetua Madrasah Hashimiah bahawa semua jalan masuk ke pasar borong sudah tutup.

    Saya sudah menjangka ini akan berlaku. Kemungkinan kerana jumlah pesakit yang sah positif Covid-19 atau disebabkan kesukaran untuk mendapatkan komuniti pelarian supaya disaring. Namun begitu di Madrasah Hashimiah, kami sudah menasihati komuniti pelarian supaya pergi lakukan saringan Covid-19 menggunakan medium Whatsapp dan juga Facebook Madrasah Hashimiah.

    kawasan belakang Madrasah Hashimiah sudah naik pagar berkawat


    Kerisauan komuniti pelarian ini tertakluk kepada dua perkara utama. Pertama sekali kos sekiranya mereka terpaksa dimasukkan ke hospital. Dan kedua tentang keselamatan mereka. Sudah ada kedengaran ura-ura dimana komuniti pelarian ini telah "dipow" oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah semasa mereka hendak pergi melakukan saringan.

    Alhamdulillah anak-anak di Madrasah Hashimiah sudah dua kali lakukan saringan. Pertama di Klinik Kesihatan Jinjang dan kedua dilakukan di premis Madrasah Hashimiah sendiri. Kedua-dua saringan mendapati semua murid dan guru Madrasah Hashimiah termasuk pengetua dan pengerusi adalah negatif.

    Makanan yang ditaja oleh oleh mereka yang prihatin

    Makanan perlu dimasak sendiri menggunakan bekalan yang ada di Madrasah Hashimiah pada waktu PKPD
    Sejak bermulanya PKP, BeKind Malaysia, Rumah Al Haq dan penderma individu mula menghantar bantuan pek makanan tengahari dan malam ke Madrasah Hashimiah. Setakat ini terdapat 30 orang anak-anak yatim dan guru di Madrasah Hashimiah. Cuma bermula hari ini bantuan pek makanan terpaksa diberhentikan buat sementara waktu dan warga penghuni Madrasah Hashimiah perlu menggunakan bekalan makanan yang sedia ada di asrama dahulu. Perlu banyak berjimat cermat sekarang.

    Pengumuman PKPD yang sangat hampir dengan ketibaan Ramadhan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada Madrasah Hashimiah. Semoga wabak Covid-19 ini terus reda dan kesusahan yang dialami diringakan buat semua insyaAllah.

    solat berjalan seperti biasa hanya untuk penghuni madrasah

    rutin harian membaca Yasin selepas Subuh, surah Ar Rahman selepas Asar dan Surah Al Mulk selepas Maghrib
    Jika ada yang ingin menyumbang untuk anak-anak yatim dan pelarian di Madrasah Hashimiah, boleh lakukan terus ke akaun rasmi Madrasah Hashimiah di 

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Ramadhan

    Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat di 0182882754 atau Whatsapp terus di http://www.wasap.my/+60182882754

    Semoga bertambah rezeki dan tercapai hajat semua dermawan yang baik hati. Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah
  • Tajaan Ramadan Berbuka Puasa dan Sahur di Madrasah Hashimiah


    Alhamdulillah Ramadan akan tiba tidak lama lagi dan peluang untuk menaja anak-anak Madrasah Hashimiah untuk berbuka puasa dan sahur kini dibuka. Harga tetap sama seperti tahun sebelum ini. Biasanya waktu berbuka anak-anak Madrasah Hashimiah akan dihidangkan dengan buburma (sejenis bubur lambuk resepi Ustaz Hashim), kacang, bubur barli, kurma dan air.

    Butiran tajaan adalah seperti berikut:
    Tajaan berbuka puasa: RM500 (untuk 150 orang makan)
    Tajaan untuk sahur: RM300 (untuk 100 orang makan)
    Bahan buburma: RM300 (buburma akan dijual kepada orang ramai sebagai pendapatan tambahan program pendidikan Madrasah Hashimiah)

    Bagi yang ingin lakukan tajaan Ramadan untuk anak-anak Madrasah Hashimiah, boleh lakukan sumbangan ke akaun Madrasah Hashimiah di

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Ramadan

    Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat di 0182882754 atau Whatsapp terus di http://www.wasap.my/+60182882754

    Semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna buat semua insyaAllah.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah

  • Khasiat Vitamin C untuk Anak-anak Madrasah Hashimiah

    Vitamin C


    Vitamin C adalah sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Ia sangat penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukkan kolagen. Kekurangan vitamin C tidak boleh menggantikan kolagen dalam badan mereka dan disebabkan itu juga pelbagai  jenis tisu dalam badan menjadi rosak serta boleh membawa kepada penyakit skurvi(gusi yang bengkak berdarah, kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Gejala ini hanya berlaku sekiranya pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10mg/hari untuk beberapa minggu.

    Pengambilan vitamin C berpontensi meningkatkan aktiviti hafalan dan juga IQ. Jadi penting vitamin C untuk kekuatan ingatan.  Di Madrasah Hashimiah, vitamin C amat penting pada mereka. Anak-anak di Madrasah Hashimiah membaca dan menghafal Al-Quran semestinya banyak membantu dalam proses meningkatkan keupayaan otak untuk memproses, menyimpan maklumat dan membina ingatan. Disamping itu, pengambilan makanan dilaporkan menyumbang dalam proses menghafal Al- Quran dan meningkatkan tahap kecerdasan IQ dikalangan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah.




    Oleh itu, anak-anak di Madrasah Hashimiah amat-amat memerlukan vitamin C. Oleh itu, diharap kepada dermawan-dermawan yang baik hati yang dapat membekalkan vitamin C kepada anak-anak Madrasah Hashimiah boleh ziarah kami di alamat:

    Madrasah Hashimiah
    111-3 Jalan 2/3A,
    Pusat Bandar Utara Selayang,
    68100, KL
    No Tel: 018-2882754


    Bagi yang ingin membuat sumbangan boleh melalui akaun bank: 

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Pendidikan
    Email: mhashimiah@gmail.com
    Tel: 018-2882754

    Semoga bertambah rezeki dan tercapai hajat semua dermawan yang baik hati.




    Norhayati Binti Muhammed Yusof
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah








  • Peluang Pekerjaan Di Madrasah Hashimiah

    Peluang Pekerjaan Di Madrasah Hashimiah



     Peluang pekerjaan di Madrasah Hashimiah sebagai Penolong Pegawai Tadbir. Kami membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga Madrasah Hashimiah. Permohonan terbuka kepada individu lelaki atau perempuan  dan berumur 22-37 tahun. Pemohon yang berpengalaman adalah diberi keutamaan.

    Oleh yang demikian, admin baru diperlukan di Madrasah Hashimiah untuk menggantikan saya (Puan Hayati). Sekiranya berminat boleh menghantar resume ke E-mail mhashimiah@gmail.com.

     Bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun bank: 


    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Pendidikan
    Email: mhashimiah@gmail.com



    Penghantaran barang boleh melalui alamat ini:

    Madrasah Hashimiah
    111-3 Jalan 2/3A,
    Pusat Bandar Utara Selayang,
    68100, KL
    No Tel: 018-2882754





    Norhayati Binti Muhammed Yusof
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah












  • Hari terakhir admin di Madrasah Hashimiah



    Pejabat  Madrasah Hashimiah

    Esok adalah hari terakhir admin bekerja di Madrasah Hashimiah. Saya telah mendapat tawaran pekerjaan baru di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Terasa beratnya hati untuk meninggalkan Madrasah Hashimiah. Banyak yang telah saya pelajari sejak saya bekerja di sini.

    Anak-anak di Madrasah Hashimiah sangat baik dan sentiasa melemparkan senyuman, saling hormat menghormati  dan sikap tolong-menolong antara satu sama lain.

    Terima kasih kepada Encik Muhammad Bin KamarulAzizi selaku pengerusi Madrasah Hashimiah serta Ustaz Al Hafiz Hashim Bin Kassim iaitu pengetua dan pengasas Madrasah Hashimiah kerana menerima saya sebagai sebahagian keluarga besar ini. Disini saya banyak mempelajari bagaimana mengurus dan mentadbir Madrasah Hashimiah. Terima kasih juga, kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Madrasah Hashimiah. Saya tidak akan lupakan segala jasa baik semua yang  banyak membantu saya dalam hal-hal mentadbir Madrasah Hashimiah.


    Akhir sekali, kepada dermawan-dermawan yang ingin menghantar barang, ziarah kami di alamat Madrasah Hashimiah Tahfiz Al-Quran & Anak Yatim, No, 111-3, Kompleks Pasar Borong Jalan 2/3A, KM12, Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara Selayang 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur. Bagi yang ingin menyumbang untuk anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun bank:


    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Pendidikan
    Email: mhashimiah@gmail.com
    Tel: 018-2882754

      




    Norhayati Binti Muhammed Yusof
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah





  • Alunan Ayat Suci Al Quran oleh Anak-anak Madrasah Hashimiah


    Tahun ini Madrasah Hashimiah akan memulakan rakaman bacaan al Quran oleh anak-anak di sini. Surah-surah popular dan juga atas permintaan orang ramai akan dimuatnaik ke Facebook rasmi Madrasah Hashimiah dan juga Youtube Channel Madrasah Hashimiah.

    Semoga alunan bacaan al Quran ini dapat mengajak orang ramai untuk terus tanam kecintaan kepada al Quran atau sekurang-kurangnya menjadi halwa telinga buat semua yang mendengar.

    Youtube Channel Madrasah Hashimiah


    Subscribe Youtube Madrasah Hashimiah di sini dan ikuti Facebook Madrasah Hashimiah untuk dapatkan informasi terkini tentang Madrasah Hashimiah.

    Bagi yang ingin bantu pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah, boleh lakukan sumbangan ke akaun Madrasah Hashimiah di

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Pendidikan
    Email: mhashimiah@gmail.com
    Tel: 018-2882754

    Moga bertambah rezeki dan tercapai hajat semua dermawan yang baik hati.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah
  • Sumbangan untuk Makanan Anak-anak Madrasah Hashimiah


    Alhamdulillah, setiap hari anak-anak di Madrasah Hashimiah dapat makan tiga hari sekali, bermula dari sarapan, makan tengahari dan makan malam. Rutin di sini sarapan akan bermula jam 7 pagi selepas Subuh dan kemudian makan tengahari pada jam 11 pagi. Makan malam pula pada jam 5.30 petang.

    Menjelang bulan Ramadan ini, dana Madrasah Hashimiah sudah mula menyusut kerana perlu tunggu untuk sumbangan orang ramai kembali pada Ramadan akan datang. Banyak penjimatan perlu dilakukan sekarang. 

    Oleh yang demikian, pihak pengurusan Madrasah Hashimiah menjemput orang ramai yang mempunyai rezeki lebih boleh menyumbang kepada Madrasah Hashimiah, bagi menampung kos makanan, pendidikan dan operasi  di sini.

    Jika yang ingin menghantar makanan juga amat dialu-alukan. Berikut ada waktu yang sesuai dan jumlah untuk penghantaran makanan.

    Sarapan, sebelum jam 7 pagi untuk 100 orang
    Makan tengahari, sebelum jam 11 pagi untuk 150 orang
    Makan malam, sebelum jam 5.30 petang untuk 120 orang.

    Jumlah berbeza kerana terdapat juga murid-murid yang tidak tinggal di asrama turut makan bersama murid-murid di asrama. Jumlah murid di asrama ialah 70 orang, 50 lelaki dan 20 orang perempuan.


    nasi lauk ikan yang jadi kegemaran anak-anak di sini

    Bagi yang ingin bantu pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah, boleh lakukan sumbangan ke akaun Madrasah Hashimiah di

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Sumbangan Ikhlas
    Email: mhashimiah@gmail.com

    Moga bertambah rezeki dan tercapai hajat semua dermawan yang baik hati.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi 
    Madrasah Hashimiah
  • KEPERLUAN

    Terdapat pelbagai keperluan yang diperlukan di Madrasah Hashimiah. Status anak-anak kami sebagai pelarian membataskan kami daripada menerima sebarang bantuan daripada pihak zakat dan Baitulmal. Oleh itu setiap sumbangan yang kami terima daripada anda sedikit sebanyak akan meringankan beban operasi kami di sini. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik anda semua.

    HUBUNGI KAMI

    Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat (Muslim) Sumbangan dapat disalurkan ke akaun CIMB di 8600202864 atau Maybank di 562151419729 atas nama Madrasah Hashimiah.

    Madrasah Hashimiah

    • Street :111-3 Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Selayang
    • Admin Pejabat :Fazlan Ashraf
    • Phone :+603 6127 5582
    • Whatsapp :+6018 2882754
    • Country :Kuala Lumpur, Malaysia
    • Email :mhashimiah@gmail.com

    Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tentang Madrasah Hashimiah.

    Semoga dengan segala sumbangan dan derma yang diberikan akan mendapat keberkatan dariNya. Sumbangan dapat disalurkan ke akaun CIMB di 8600202864 atau Maybank di 562151419729 atas nama Madrasah Hashimiah.