Keperluan Kenderaan Untuk Keperluan Harian dan Kecemasan
17 Mac 2015 - Madrasah Hashimiah memerlukan sebuah kenderaan untuk kegunaan harian pejabat. Madrasah ini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kenderaan awam sekiranya terdapat kecemasan (anak-anak yang perlu dibawa ke hospital jika keadaan memaksa), untuk membeli keperluan bahan mentah, ataupun untuk berjumpa para penderma.
Ini menyebabkan kerugian dari segi wang ringgit dan juga masa kepada Madrasah Hashimiah. Seringkali pihak madrasah terpaksa menangguh ataupun membatalkan perjumpaan dengan pihak penderma kerana masalah pengangkutan.
Madrasah Hashimiah amat berharap untuk mendapatkan sebuah kereta terpakai (dalam keadaan baik) untuk kegunaan kami. Sekiranya ada pihak yang ingin menderma sebuah kereta terpakai, mohon untuk menghubungi pejabat Madrasah Hashimiah seperti dibawah. Semoga dengan sumbangan ini dapat memudahkan lagi perjalanan harian Madrasah Hashimiah dan menjadi saham yang berkekalan di akhirat kelak, amin.
En. Mohd Hadi Ramlee
Pembantu Pegawai Tadbir
011-1150 6469
03-61203263(Pejabat)
mhashimiah@gmail.com