• Hari Terakhir Encik Hadi Bersama Madrasah Hashimiah


    5 Jun 2015 adalah hari terakhir En Mohd Hadi Ramlee di Madrasah Hashimiah. Madrasah Hashimiah bakal kehilangan seorang petugas yang bersemangat, berdedikasi dan rajin. Namun begitu kami mendoakan agar En Hadi berjaya dalam apa jua bidang yang bakal diceburi selepas ini.

    Selama lebih setahun En Hadi menghabiskan 24 jam masanya di Madrasah Hashimiah bersama anak-anak semua. Dengan panggilan abang Hadi, anak-anak hashimiah selesa bersama beliau dalam mengadu masalah dan bermanja terutamanya bagi anak-anak yatim dan anak-anak yang tinggal berjauhan dengan keluarga.

    Bukan sahaja Ustaz Al Hafiz Hashim juga turut merasa akan kehilangan En Hadi di Madrasah Hashimiah namun penderma-penderma juga turut merasakannya.

    Namun begitu perjuangan kami di Madrasah Hashimiah tidak akan pernah berakhir, semangat En Hadi juga akan kami bawa bersama perjuangan ini.

    Selamat maju jaya kami ucapkan kepada En Mohd Hadi Ramlee. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke sini lagi.

    Siti Nor Juliana Binti Jaafar
    018-2882 754 (WhatsApp, SMS, Tel)
    03-6120 3263 (Pejabat)
    03-6127 5582 (Faks)
    mhashimiah@gmail.com