• Kelas Kemahiran Pelajar Madrasah Hashimiah


    Madrasah Hashimiah merupakan sebuah sekolah yang menempat pelajar-pelajar pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Sistem pembelajaran yang berteraskan tahfiz Al-Quran bagi melahirkan pelajar-pelajar hafiz dan hafizah. Setiap tahun Madrasah Hashimiah akan melahirkan beberapa orang pelajar hafiz atau hafizah. Madrasah Hashimiah bukan sahaja mengadakan kelas Al-Quran dan akademik untuk para pelajar, malah turut menawarkan kelas kemahiran untuk membuka peluang kepada pelajar mencungkil bakat dalam bidang kemahiran. Kelas kemahiran ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar yang kurang dalam bidang akademik dan Al-Quran untuk membina kemahiran sendiri sebagai punca pendapatan pada masa akan datang. Antara kelas kemahiran yang dianjurkan untuk para pelajar ialah :

    1- Kelas menjahit
    2- Kelas membuat roti canai
    3- Kelas masakan tomyam
    4- Kelas gunting rambut
    5- Kelas komputer untuk di naik taraf

    Kelas asas menjahit di Sewing World Gallery

    Buat masa sekarang, kelas kemahiran yang telah di jalankan ialah kelas kemahiran menjahit. Guru-guru dan para pelajar perempuan diberi peluang untuk mengikuti kelas asas jahitan dengan guru jahitan yang berpengalaman dan belajar asas jahitan daripada Sewing World Gallery, One City Subang Jaya. Ilmu jahitan yang diperoleh daripada kelas-kelas jahitan tersebut akan disampaikan kepada pelajar-pelajar di Madrasah Hashimiah. Manakala kelas-kelas lain masih lagi memerlukan sumbangan tenaga pengajar dan tajaan peralatan terutama kelas kemahiran gunting rambut. Kelas kemahiran gunting rambut memelukan tenaga pengajar untuk mengajar cara pemotongan rambut yang betul dan perlu mencari penaja peralatan dan perkakas yang lengkap untuk kelas ini.

    Contoh  kedai gunting rambut 

    Madrasah ingin mencari guru untuk kelas gunting rambut. Dan juga sumbangan atau tajaan bagi komputer baru untuk penambahbaikan dalam proses pembelajaran. Untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah