• Admin Baru di Madrasah Hashimiah


    Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

    Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri saya sebagai 
    Admin baru di Madrasah Hashimiah. Nama saya Norhayati Binti Muhammed Yusof. Berumur 36 tahun. Hari ini adalah hari pertama saya berkhidmat di Madrasah Hashimiah ini dan masih banyak perlu dipelajari. Saya amat hargai dengan peluang dan tunjuk ajar yang diberikan ini.

    Oleh yang demikian ,saya akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik dalam menguruskan 
    bahagian pentadbiran di Madrasah Hashimiah. Sama-sama doakan saya agar Allah SWT permudahkan urusan saya. Terima Kasih.

    Norhayati Binti Muhammed Yusof
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah