• Majlis Naik Al Quran untuk 8 Orang Murid Madrasah Hashimiah




    Pada 18 Januari 2020, Madrasah Hashimiah telah mengadakan majlis naik Quran selepas tamat pengajian Iqra. Syukur alhamdulillah, 8 orang anak murid dari Madrasah Hashimiah telah naik Quran pada hari ini. Murid ini ada yang kurang 6 bulan telah berjaya membaca Iqra dan kini sudah masuk ke kelas Al Quran.  

    Majlis ini bertujuan untuk memberi perangsang kepada anak-anak yang lain agar bersungguh-sungguh dalam pengajian Iqra dan seterusnya pengajian Al Quran dan Tahfiz. Setiap murid diuji dengan bacaan doa harian yang didengari oleh semua yang hadir pada majlis ini.

    Bacaan setiap murid yang naik Al Quran didengari oleh pengetua dan pengerusi Madrasah Hashimiah

    Semua meraikan kejayaan 8 orang murid yang naik Al Quran

    Terima kasih buat para dermawan yang baik hati kerana sentiasa membantu Madrasah Hashimiah. Bagi yang ingin menyumbang bagi pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah, boleh salurkan sumbangan ke akaun Madrasah Hashimiah di

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Education

    Moga bertambah rezeki dan tercapai hajat semua para dermawan yang baik hati.

    Norhayati Binti Muhammed Yusof
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah