• Majlis Penyampaian Hadiah ke 14 Bakal Tiba



    Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah (Hashimiah) bakal tiba tidak lama lagi. Kini anak-anak sedang menduduki peperiksaan akhir sebelum menjelangnya bulan puasa. Peperiksaan di Hashimiah merangkumi aspek iaitu akademik seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Myanmar dan juga kelas al-Quran dari peringkat Iqra hingga ke Tahfiz.

    Ujian Hafiz

    Ujian Mengaji
    Alhamdulillah, pada tahun ini, Madrasah Hashimiah telah menghasilkan seorang lagi Hafiz iaitu adik Mohd Sayad Alam, berumur 15 tahun yang sudah tamat kelas tahfiz dengan hafazan 30 juzuk ayat suci al-Quran. Madrasah Hashimiah mempunyai hampir 200 orang pelajar yang sebahagiannya daripada mereka merupakan anak-anak yatim. Pelajar-pelajar terbaik untuk setiap subjek dan kelas akan menerima hadiah daripada pihak sekolah. Majlis tahunan ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada anak-anak Hashimiah untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan melahirkan lebih ramai Hafiz dan Hafizah dari kalangan masyarakat pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya.

    Ujian Iqra
    Pihak Madrasah Hashimiah amat mengalu-alukan sebarang sumbangan bagi menjayakan majlis penyampaian hadiah ini. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus pejabat kami di 011-11506469 (Ustaz Hadi) atau email di mhashimiah@gmail.com. Semoga dengan sumbangan anda semua dapat menyuntik semangat anak-anak Hashimiah untuk terus belajar, dan moga usaha ini sentiasa mengadapat keberkatan dariNya.

    Anggaran kos keperluan untuk Majlis Penyampaian Hadiah ke 14

    Lembu (3 ekor) : RM10000 - RM12000
    Barangan masak : RM1000 - RM2000
    Set khemah (khemah, meja, kerusi, pentas, pa sistem): RM2000 - RM6000
    Hadiah (barangan elektrik): RM3000 - RM8000


    Mohd Hadi Ramlee
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah
    018-2882 754