• USIM Kindness Charity 2014



    Madrasah Hashimiah 17 Mei 2014 - Madrasah Hashimiah telah dipilih untuk program anjuran bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kindness. Pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah telah dihiburkan dengan kehadiran 45 orang sukarelawan USIM. Bertujuan Kedatangan kakak-kakak dan abang-abang USIM ini bukan sahaja untuk membawa sumbangan dan hadiah kepada anak-anak yatim, malah mereka juga bertindak memastikan hari tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

     Keseronokkan aktiviti berkumpulan


    Hasil kerjasama adik-adik Hashimiah dengan tunjuk ajar kakak USIM.


    Penyediaan makan tengahari oleh siswi-siswi USIM


    Solat Zohor berjemaah bersama abang-abang USIM
      

    "Terima kasih abang-abang dan kakak-kakak USIM"



    Kami dari Madrasah Anak-Anak Yatim & Tahfiz Quran Hashimiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USIM di atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan.

    Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, boleh menghubungi pihak madrasah melalui saluran berikut:

    Mohd. Hadi Ramlee
    Penolong Pegawai Tadbir
    03-61203263 (pejabat)
    018-2882 754