• Ramadhan 1435H - RM500 untuk tajaan berbuka puasa sehari.



    Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai pihak telah menghubungi Madrasah Hashimiah bagi menyatakan hasrat untuk menaja anak-anak Hashimiah berbuka puasa dan alhamdulillah beberapa hari telah pun ditaja. 

    Suasana berbuka puasa di Madrasah Hashimiah


    Dengan tajaan sebanyak RM500, hampir 200 orang dapat menikmati juadah berbuka dimana Madrasah Hashimiah menyediakan bubur daging istimewa, bubur barli, bihun dan kacang goreng.

    Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja warga komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim termasuk anak-anak yatim dan miskin untuk berbuka puasa.

    Kepada yang berminat untuk menaja atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai madrasah ini, bolehlah berhubung terus dengan bahagian pentadbiran Madrasah Hashimiah.

    Mohd. Hadi Ramlee
    Penolong Pegawai Tadbir
    03-6120 3263 (Pejabat)
    018-2882 754 (Telefon, SMS, WhatsApp)
    Email: mhashimiah@gmail.com