• Tajaan Berbuka dan Sahur Ramadhan 1435H



    16 Julai 2014 - Alhamdulillah, program Tajaan Berbuka dan Sahur Ramadhan 1435H telahpun dipenuhi dengan sumbangan dari pelbagai pihak. 

    Madrasah Hashimiah ingin merakamkan sebanyak-banyak terima kasih kepada semua penyumbang yang telah banyak membantu dalam perbelanjaan sepanjang bulan Ramadhan. Bukan sahaja anak-anak madrasah yang menerima manfaat hasil sumbangan dermawan-dermawan ini, malah beberapa penduduk sekitar juga dapat berbuka puasa di madrasah.

    Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun."
    -At-Tirmidzi-

    Semoga Allah S.W.T. memurahkan rezeki serta memberi keberkatan kepada para dermawan yang ikhlas membantu madrasah selama ini.


    TERIMA KASIH.


    Mohd Hadi Ramlee
    Pembantu Pegawai Tadbir
    018-2882 754
    03-61203263(Pejabat)
    mhashimiah@gmail.com