Beberapa pihak persendirian, berkumpulan serta korporat juga menjemput anak-anak madrasah untuk berbuka puasa diluar. Kegembiraan jelas terpampang diwajah mereka kerana diraikan untuk berbuka di restoran-restoran, hotel-hotel serta dilain-lain tempat.
Disamping itu madrasah juga mendapat pelbagai sumbangan berbentuk bahan mentah kering dan basah, bekalan2 serta peralatan2 untuk kegunaan madrasah. Madrasah Hashimiah telah menerima beberapa kipas dinding, sebuah freezer dan sebuah mesin basuh baru hasil tajaan beberapa pihak.
Semoga Allah S.W.T. merahmati semua pihak yang banyak membantu, menyumbang serta menyokong Madrasah Hashimiah sebelum, semasa dan selepas Bulan Ramadhan yang mulia ini.
Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai madrasah ini, bolehlah berhubung terus dengan bahagian pentadbiran Madrasah Hashimiah
Mohd. Hadi Ramlee