• Kelas Komputer Bermula Kembali


     27 Oktober 2014 - Alhamdulillah, dengan kehadiran Cikgu Ridzuan, Kelas Komputer Madrasah Hashimiah telah kembali beroperasi pada hari ini. Cikgu Ridzuan membuat keputusan untuk mengajar pada setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat, bermula pada pukul 5pm sehingga 7pm.

    Para pelajar yang tak sabar menunggu giliran masuk ke kelas Komputer.

    Keterujaan jelas terpampang diwajah anak-anak Hashimiah kerana dapat memulakan kembali pembelajaran komputer yang terhenti sejak Hari Raya AidilAdha yang lalu.

    Cikgu Ridzuan mengambil kehadiran pelajar

    Selamat berjaya diucapkan kepada Cikgu Ridzuan dalam usaha mendidik anak-anak Hashimiah menjadi celik komputer,

    En. Mohd Hadi Ramlee
    Pembantu Pegawai Tadbir
    018-2882 754
    03-61203263(Pejabat)
    mhashimiah@gmail.com