• Hashim's School of Hope


    01 November 2014 - Hashim's School of Hope merupakan sebuah dokumentari yang menceritakan perjalanan dan cabaran Ustaz Al-Hafiz Hashim b. Kassim dalam menjaga Madrasah Hashimiah yang diasaskannya sejak 2001.

    Pada hari tersebut, Madrasah Hahsimiah, dengan kerjasama En. Rahman Jules Ong dari Factual TV Sdn. Bhd. (penerbit dokumentari) telah menganjurkan tayangan (screening) dokumentari tersebut disini. Ibubapa para pelajar Madrasah Hashimiah serta beberapa rakan pihak penganjur telah dijemput untuk menonton dokumentari tersebut disini.

    Ustaz Hashim dan En. Muhammad memberi taklimat sebelum tayangan bermula

    Ibubapa, guru-guru serta para dermawan bersama-sama menonton tayangan Hashim's School of  Hope
    Sebahagian dari penderma berkumpul sebelum tayangan bermula 
    En. Jules Ong, Cik Hon Yuen dan En. Chitu dari Factual TV Sdn. Bhd.
    Madrasah juga mengadakan acara cabutan bertuah untuk ibubapa yang hadir
    Cabutan bertuah ini merupakan cara pihak Madrasah menyalurkan sebahagian bantuan yang diterima kepada ibubapa pelajar-pelajar yang miskin
    Ramai ibubapa yang hadir sebagai tanda memberi sokongan kepada Madrasah Hashimiah. Madrasah Hashimiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Factual TV Sdn Bhd kerana sudi memilih Madrasah Hashimiah sebagai subjek dokumentari kali ini.
    *Dokumentari 'Hashim's School of Hope' ini ditayangkan di stesen televisyen Al-Jazeera pada 27 Oktober 2014




    Mohd Hadi Ramlee
    Madrasah Hashimiah