• Hari Sukan Sekolah Di Port Dickson


    6 November 2014 - Madrasah Hashimiah mengadakan Hari Sukan Tahunan di Port Dickson. Keriangan para pelajar dapat dirasai dengan bunyi riuh-rendah mereka bersiap selepas solat subuh. Semua pelajar luar berkumpul seawal pukul 7.00 pagi sebelum bergerak dengan menaiki bas ke destinasi. Keseronokkan mereka bertambah dengan kehadiran pengerusi Madrasah Hashimiah, En. Muhammad yang lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Abang Mat' oleh para pelajar.

    lumba lari

    gembira dapat luangkan masa di pantai Port Dickson

    penyampaian hadiah oleh Ustaz Hashim


    Setelah mendengar taklimat oleh Ustaz Hashim, semua pelajar dan guru menaiki bas dan bertolak ke Port Dickson. Pelbagai aktiviti sukan telah dijalankan seperti lumba lari, bola pantai dan mandi laut. Pihak Madrasah Hashimiah bercadang untuk adakan sukan tahunan bagi memberi peluang kepada para pelajar menunjukkan bakat masing-masing.

    penyampaian hadiah oleh Encik Muhammad

    Pulang ke Madrasah pada pukul 8.10pm. Walaupun kelihatan letih, tetapi kepuasan jelas terpampang diwajah mereka. Kegembiraan mereka bertambah lagi dengan pengumuman cuti pada keesokkan harinya (Jumaat) oleh Ustaz Hashim. Alhamdulillah, pengalaman ini dapat dikongsi bersama oleh para pelajar dan guru, terutamanya mereka jarang dapat merasai keseronokkan bercuti di luar.

    En. Mohd Hadi Ramlee
    Pembantu Pegawai Tadbir
    018-2882 754
    03-61203263(Pejabat)
    mhashimiah@gmail.com