• Lawatan Anak-anak Hashimiah Ke I-City




    4 Mac 2015- Madrasah Hashimiah mengadakan lawatan ke I-City. Lawatan ini dilakukan sempena tamat peperiksaan. Keriangan para pelajar dapat dirasai dengan bunyi riuh-rendah mereka bersiap selepas solat asar. Semua pelajar luar berkumpul seawal pukul 5.30 petang sebelum bergerak dengan menaiki bas ke destinasi. Keseronokkan mereka bertambah dengan kehadiran pengerusi Madrasah Hashimiah, En. Muhammad yang lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Abang Mat' oleh para pelajar.

    Anak-anak dibahagikan kepada beberapa kumpulan 

    Para pelajar Hashimiah mendengar taklimat daripada Ustaz Hashim 


    Setelah mendengar taklimat oleh Ustaz Hashim, semua pelajar dan guru menaiki bas dan bertolak ke I-City. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Snowalk, Ferris wheel dan lain-lain lagi. Pihak Madrasah Hashimiah bercadang untuk adakan lawatan seperti ini di masa akan datang.


    Anak-anak Hashimiah di dalam Snowalk
    Anak-anak Hashimiah berehat seketika sebelum masuk semula 


    Pulang ke Madrasah pada pukul 12.30 malam. Walaupun kelihatan letih, tetapi kepuasan jelas terpampang diwajah mereka. Kegembiraan mereka bertambah lagi dengan pengumuman cuti pada keesokkan harinya (Khamis) oleh Ustaz Hashim. Alhamdulillah, pengalaman ini dapat dikongsi bersama oleh para pelajar dan guru, terutamanya mereka jarang dapat merasai keseronokkan bercuti di luar.

    En. Syed Zamiruddin
    Pelajar Pratikal
    013-7796061
    03-61203263(Pejabat)
    mhashimiah@gmail.com