• Peperiksaan Penilaian Kecekapan Madrasah Hashimiah




    2 Mac 2015- Para pelajar Hashimiah sedang menjalani peperiksaan penilaian kecekapan pada hari ini. Peperiksaan ini dijalankan selama dua hari bermula pada hari ini. Peperiksaan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kebolehan pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang dipelajari. Hari ini mereka menduduki subjek Bahasa Myanmar dan Bahasa Inggeris.

    para pelajar menjawab peperiksaan dengan bersungguh-sungguh

    ustaz dan ustazah menjaga peperiksaan supaya tiada yang meniru

    Subjek yang dipelajari oleh mereka ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Myanmar, Matematik, Sains dan Komputer. Mereka juga mempelajari Iqra' dan hafazan Al-Quran. Jumlah pelajar Madrasah Hashimiah ialah 168 orang dan yang menduduki peperiksaan ini ialah pelajar yang membaca Iqra' dan Muqaddam. Kelas disini tidak dibahagikan mengikut tahun, mereka dibahagi mengikut kecekapan mereka membaca Al-Quran, Muqaddam dan Iqra'.

    En. Syed Zamiruddin
    Pelajar Pratikal (Admin)
    013-7796061
    03-61203263(Pejabat)
    mhashimiah@gmail.com