• Pengambaran Nona Manis Bantu:Tahrib Ramadhan di Madrasah Hashimiah



    12 Jun 2015 Pada hari ini telah berlansung penggambaran slot Nona iaitu Nona Manis Bantu:Tahrib Ramadhan di Madrasah Hashimiah. Seramai tiga orang finalis Nona Manis iaitu Uyaina, Edora dan Mariam telah pun membuat penyampaian sumbangan daripada orang ramai kepada anak-anak madrasah.

    Selain daripada itu, mereka juga telah membuat aktiviti bersama anak-anak madrasah iaitu bacaan yasin, pertandingan mewarna dan bersama "clown". Alhamdulillah majlis berjalan dan anak-anak madrasah sangat terhibur dah berterima kasih dengan kedatangan mereka.

    Edora Nona Manis bersama anak-anak Hashimiah

    Rakaman daripada TV3



    Uyaina Nona Manis selfie bersama anak-anak Hashimiah

    Pihak Madrasah Hashimiah juga telah menerima sumbangan vacuum cleaner yang sangat diperlukan untuk membersihkan ruang solat dan pejabat. Terima kasih kami ucapkan kepada Nona terutamanya segmen Nona Manis Bantu:Tahrib Ramadhan kerana memilih Madrasah Hashimiah untuk pengambaran kali ini.

    Madrasah Hashimiah mendoakan ketiga-tiga finalis Nona Manis iaitu Cik Uyaina, Cik Mariam dan Cik Edora berjaya di dalam pertandingan ini. Tayangan akan berlangsung pada 12 Julai 2015 di rancangan Nona, TV3.

    Siti Nor Juliana (+6018-2882 754)
    Pejabat:
    Tel: +603-6120 3263
    Tel/Faks: +603-6127 5582 
    Email: mhashimiah@gmail.com