• Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa


    13 Jun 2015 Pada malam ini, sebahagian daripada anak-anak Madrasah Hashimiah telah pun pergi untuk menyaksikan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di PWTC.

    Apa yang dibanggakan adalah pada tahun ini bekas Murabbi Madrasah Hashimiah  mewakili negara Myanmar. Beliau adalah murabbi yang telah membimbing adik Anuar untuk menjadi johan Tilawah al-Quran di antara madrasah anak-anak yatim selama tiga tahun berturut-turut.

    Ustaz Yusuf membacakan ayat suci al Quran
    Walaupun Ustaz Yusuf tidak mendapat sebarang tempat pada tahun ini tetapi kami yakin beliau telah pun melakukan yang terbaik sebagai Qari yang mewakili negara Myanmar.

    Madrasah Hashimiah mengucapkan tahniah kepada Ustaz Yusuf kerana mewakili negara Myanmar sebagai Qari pada tahun ini. Semoga Ustaz Yusuf memperolehi kemenangan dimasa akan datang.

    Siti Nor Juliana (+6018-2882 754)
    Pejabat:
    Tel: +603-6120 3263
    Tel/Faks: +603-6127 5582 
    Email: mhashimiah@gmail.com