• Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan dari Madrasah Hashimiah




    Assalamualaikum wrb,

    Bagi pihak Madrasah Hashimiah, kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh negara amnya. Semoda kita semua diberkati pada permulaan Ramadhan ini.

    Tibalah masanya untuk kita muhasabah diri kita dengan memperbanyakkn solat sunat, membaca al-Quran dan berpuasa. Di Malaysia, telah menjadi tradisi orang muslim disini suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Kita sangat bersyukur kerana di Malaysia terdapat banyak organisas-organisasi, individu-individu dan syarikat-syarikat yang bekerjasama untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama.

    Ramadhan juga mengingatkan kita untuk berkongsi tanggungjawab untuk membantu orang-orang yang memerlukan. Ia juga merupakan peluang bagi saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma-perderma dan sukarelawan-sukarelawan yang telah banyak menyumbangkan bantuan kepada Madrasah Hashimiah.

    Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua.
    Pada yang berminat untuk menyalurkan sumbangan kepada Madrasah Hashimiah, boleh lakukan ke akaun CIMB 8600202864 atas nama Madrasah Hashimiah. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

    Terima kasih,

    Ustaz al-Hafiz Hashim bin Kassim
    Pengasas
    Madrasah Hashimiah
    Tahfiz Al-Quran dan Anak Yatim