• Tajaan Berbuka Puasa Dapat Sambutan Menggalakkan



    Alhamdulillah, sepuluh hari pertama di bulan Ramadhan menyaksikan tajaan berbuka puasa sebanyak RM500 sehari sudah penuh ditaja oleh orang ramai. Perbelanjaan RM500 ini dapat menjamu antara 100-150 orang berbuka puasa. Mereka yang berbuka puasa bukan sahaja terdiri daripada dari anak-anak yatim dan miskin ini malah orang ramai dari sekitar Pasar Borong Selayang. Kebanyakan yang datang berbuka di sini adalah dari komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang miskin.

    Ramai yang tertanya, adakah cukup RM500 untuk 100 hingga 150 orang berbuka puasa? Alhamdulillah, RM500 ini dapat menghidangkan buburma iaitu bubur resepi istimewa dari Myanmar, serta manisan barli dan kacang yang lain. Juadah nampak agak ringan, tetapi mampu mengenyangkan mereka yang berbuka puasa di sini. Adakalanya anak-anak Hashimiah akan membeli sendiri kuih muih atau air kegemaran mereka di kedai-kedai berhampiran bagi menambah juadah berbuka puasa mereka.

    Hidangan berbuka puasa setiap hari iaitu buburma, kacang dan manisan barli

    Pihak Madrasah Hashimiah masih mengalu-alukan tajaan berbuka puasa dalam bentuk pek makanan bagi menambah makanan yang sedia ada. Makanan ini biasanya akan dinikmati selepas solat Maghrib atau tarawih. Antara makanan yang disukai oleh anak-anak Hashimiah seperti nasi lemak bungkus, sate daging, nasi beriyani, megi goreng, roti canai dan kambing golek. Makanan seperti ini nampak biasa bagi kebanyakan masyarakat setempat, tetapi cukup istimewa bagi anak-anak di Madrasah Hashimiah. Buah-buahan tempatan durian juga amat disukai walaupun mereka jarang dapat menikmatinya.

    Papan tulis berbuka puasa Madrasah Hashimiah

    Bagi yang berminat untuk menambah tajaan berbuka puasa atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Madrasah Hashimiah di 03-6127 5582 atau whatsapp di 018-2882 754 (cik Siti)  atau email ke hashimiah@gmail.com. Semoga tajaan ini dapat terus memberi kegembiraan kepada anak-anak Madrasah Hashimiah dan sentiasa diberkatiNya, insyaAllah.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Madrasah Hashimiah