• Madrasah Hashimiah mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Dermawan Kereta


    6 Julai 2015 Dengan penuh rasa kesyukuran Madrasah Hashimiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada sepasang suami isteri daripada Bukit Jelutong kerana sudi memberi sumbangan merupakan kereta preloved jenis Wira kepada kami.

    Siap dengan pelekat Madrasah Hashimiah

    Dengan adanya kenderaan ini ia dapat membantu kami untuk melancarkan lagi pengurusan di Madrasah Hashimiah. Kereta ini akan digunakan untuk membawa anak-anak madrasah ke hospital di waktu kecemasan dan juga ketika menghadiri majlis atau aktiviti luar. Kereta ini juga dapat membantu kami mengurangkan kos operasi yang selama ini digunakan untuk membayar teksi dan sewa kenderaan.

    Sekali lagi terima kasih kami ucapkan kepada donor tersebut di atas sumbangan yang amat bermakna ini.

    Siti Nor Juliana (+6018-2882 754)
    Pejabat:
    Tel: +603-6120 3263
    Tel/Faks: +603-6127 5582 
    Email: mhashimiah@gmail.com