• Tempahan Ibadah Qurban Bersama Madrasah Hashimiah Kini Dibuka


    Tahun ini Madrasah Hashimiah kembali lagi dengan ibadah qurban. Alhamdulillah tahun lepas dua ekor lembu yang besar diqurbankan dan daging lembu tersebut dapat dinikmati oleh anak-anak yatim dan miskin Madrasah Hashimiah dan juga masyarakat setempat yang memerlukan. Lembu yang dipilih adalah jenis yang agak besar dan harganya juga agak mahal. Tahun lepas sahaja, lembu yang dipilih bernilai RM8000 dan seekor lagi bernilai RM5000. Lembu yang besar ini dapat menghasilkan daging yang banyak dan disimpan dalam peti sejuk beku di Madrasah.

    Tahun 2015 ini Madrasah Hashimiah sekali lagi membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan ibadah qurban melalui Madrasah Hashimiah. Satu bahagian lembu dianggar bernilai RM720 (bagi lembu bernilai RM5000) termasuk sembelih dan memasak. Pada yang niat untuk bersedekah, Madrasah juga akan membuka tabung bagi mencukupkan dana untuk seekor lembu besar dengan anggaran nilai sebanyak RM8000. 

    jamuan aidiladha di sebelah petang selepas selesai sembelih dan melapah


    Buat hamba-hamba Allah yang berminat untuk menyumbang, boleh terus hubungi pejabat Madrasah Hashimiah di 03-6127 5582. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun CIMB 8600202864 atas nama Madrasah Hashimiah. Sertakan sekali butiran berikut untuk tujuan qurban.

    Nama (penama qurban):
    Masa dan transaksi
    Jumlah:

    Butiran tersebut boleh diemailkan ke mhashimiah@gmail.com.

    Semoga ibadah qurban tahun ini lebih bermakna.

    Nur Iylia Makhtar
    Admin Madrasah Hashimiah
    Tel/Whatsapp: 018-2882 754 
    Tel/Faks: 03-6127 5582 
    Email: mhashimiah@gmail.com