• Salam Aidiladha dari Madrasah Hashimiah

    En. Muhammad (Pengerusi) dan Ustaz Hashim (Pengetua) sedang memeriksa salah seekor lembu qurban.
    10 Zulhijjah 1435 - Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua. Alhamdulillah, pihak Madrasah Hashimiah telah selesai menguruskan qurban 2 ekor lembu serta seekor kambing. Ustaz Hashim selaku pengetua Madrasah Hashimiah berasa amat gembira kerana lembu yang besar ini dapat disedekah kepada begitu ramai pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya disekitar kawasan pasar borong ini.



    Proses menumbangkan lembu besar.

    Sebahagian daging qurban dimasak untuk dijamu kepada penghuni madrasah dan penduduk setempat

    Majlis makan tengahari Madrasah Hashimiah bersama-sama komuniti Myanmar Muslim dan Rohingya

    Anak-anak Madrasah Hashimiah mendapat sate istimewa yang dibuat dari daging qurban

    Penyerahan daging qurban kepada anak-anak Madrasah Hashimiah




    Terima kasih kepada semua penyumbang qurban kali ini. Semoga qurban anda diterima Alah S.W.T. serta anda semua dimurahkan rezeki, InshaAllah.

    Kepada yang berminat untuk melakukan aqiqah, boleh hubungi Madrasah Hashimiah di 011-1150 6469 (En. Hadi)

    En. Mohd Hadi Ramlee
    Pembantu Pegawai Tadbir
    011-11506469
    03-61203263(Pejabat)
    mhashimiah@gmail.com