• Warga Madrasah Hashimiah Dan Sumbangan Tshirt Sekolah


    27 Ogos 2015. Seperti sedia maklum anak-anak Madrasah Hasmiah belum  lagi mempunyai  pakaian sekolah, dan alhamdulillah kami telah mendapat tajaan tshirt sekolah kepada anak-anak di Madrasah Hashimiah.  

    Guru-guru telah membantu untuk mengukur saiz baju mereka. Dengan bantuan tshirt sekolah ini dapatlah anak-anak madrasah pergi ke kelas dengan gembira. Anak-anak berasa begitu teruja kerana sebelum ini mereka hanya pergi ke kelas dengan berpakaian biasa . Kini mereka bakal memiliki tshirt sekolah sendiri.




    Lawatan Encik Sani Hamid ke Madrasah Hashimiah tahfiz al-quran & anak yatim

    Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Sani Hamid kerana sudi memberi tajaan tshirt sekolah kepada anak-anak di Madrasah Hashimiah.Selain itu,Encik Sani juga telah menyumbangkan peralatan sekolah seperti alat-alat tulis.Selepas ini dapatlah anak-anak belajar dengan lebih seleasa dan lebih semangat lagi.Semoga Allah sentiasa merahmati para penderma yang telah menyumbang ke Madrasah Hashimiah.


    Ainnatasa
    Admin Madrasah Hashimiah
    Tel/Whatsapp: 018-2882 754 
    Tel/Faks: 03-6127 5582 
    Email: mhashimiah@gmail.com