• Program Bersama Mahasiswa dari MAHSA Helping Hands



    29 Ogos 2015 Anak-anak Madrasah Hashimiah telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pelajar dari MAHSA University (Persatuan Helping Hands).Kedatangan pelajar dari MASHA University ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari anak-anak Madrasah Hashimiah.



    Anak-anak diajar cara-cara menjaga gigi dengan baik melalui aktiviti mewarna 

    Mereka sedang bermain "musical chair"

    Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pelajar dari MAHSA University seperti pertandingan mewarna,kerusi berirama, cara penjagaan gigi dan banyak lagi aktiviti yang berfaedah.Sepanjang program anak-anak kelihatan sangat gembira dan bersemangat untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh mereka.




    Majlis penyerahan cek MAHSA Universiti kepada Madrasah Hashimiah

    Terima kasih kami ucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi MAHSA University kerana sudi meluangkan masa bersama anak-anak di Madrasah Hashimiah.Kedatangan anda sangat kami hargai dan pihak kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda pada masa hadapan kelak.


    Cik Ain
    Admin Madrasah Hashimiah
    Tel/Whatsapp: 018-2882 754 
    Tel/Faks: 03-6127 5582 
    Email: mhashimiah@gmail.com