• Kini Madrasah Hashimiah Memiliki Sebuah Motorsikal




    14 September 2015 Syukur alhamdulilah ke hadrat Illahi setelah mendapat sumbangan sebuah kereta proton wira kini Madrasah Hashimiah pula mendapat sebuah motosikal jenama Ex5 yang disumbangkan oleh En Sham dari Saujana Putra. Walaupun motorsikal ini antara kenderaan kesayangan mereka sekeluarga  namun demi kemudahan pihak Madrasah  dengan senang hati En.Sham meyumbangkan kepada pihak Madrasah.

    Dengan ini dapat memudahkan kami untuk begerak ke pasar membeli barang-barang keperluan dan  membayar bil ultiliti di bank yang berhampiran.
    Motor Waqaf yang sudah ditampal stiker Madrasah Hashimiah

    Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada En Sham kerana bermurah hati menyumbangkan motosikal kepada pihak Madrasah Hashimiah dan juga kepada para dermawan yang banyak menghulurkan sumbangan. Semoga dengan amalan baik yang di lakukan ini demi bekalan untuk di akhirat kelak. Insha Allah amin.

    Jika ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan boleh hubungi kami disini :

    Cik Ainnatasya
    Admin Madrasah Hashimiah
    Tel/Whatsapps ; 018 288 2754
    Tel/Faks ; +603-6127 5582
    E-mail : mhashimiah@gmail.com