• Peperiksaan Penggal Pertama di Madrasah Hashimiah


    17 September 2015 Kini anak-anak di Madrasah Hashimiah sedang menduduki peperiksaan 
    penggal pertengahan tahun. Peperiksaan akan  berlangsung selama 3 hari bermula pada 17 September dan akan berakhir pada 19 September bagi mata pelajaran Bahasa Myannar, sains, Bahasa Inggeris dan Matematik. Manakala untuk Bahasa Malaysia akan bermula selepas cuti Raya Haji. Alhamdullilah, peperiksaan berjalan dengan lancar anak-anak pun menjawab peperiksaan dengan berdisplin dan teratur sambil diawasi oleh guru-guru di Madrasah. 

    Mereka kelihatan sangat teruja untuk menduduki peperiksaan kerana situasi waktu peperiksaan agak berbeza dengan sesi pembelajaran mereka, ketika menjawab peperiksaan mereka akan duduk dengan jarak yang agak jauh dan lebih selesa tidak perlu berhimpit lagi seperti di kelas pembelajaran.


    tekun anak-anak Madrasah menjawab kertas soalan  Bahasa Myanmar

    Syukur ke hadrat Ilahi anak-anak di Madrasah Hasmiah dapat menimba ilmu pengetahuan walaupun matapelajaran yang dipelajari tidaklah selengkap pelajaran di sekolah-sekolah  lain namun anak-anak di Madrasah menunjukan sifat kesungguhan dan minat mereka untuk belajar. Terima kasih tak terhingga diucapkan untuk semua pihak yang berkerja keras untuk membantu anak-anak kami di Madrasah Hasmiah ini.

    Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik para dermawan yang tidak putus memberi sokongan semua.
       
    Cik Ainnatasya 
    Admin Madrasah Hashimiah
    No Tel / Whatsapp : 018-288 2754
    Tel/Faks : + 603 -6127 5582
    E-mail : mhashimiah@gmail.com