• Pembayaran Gaji kepada Guru-guru


    Pemberian gaji kepada guru-guru setiap bulan akan diadakan pada awal bulan di hari bekerja. Guru yang bekerja di Madrasah Hashimiah adalah seramai 15 orang. Kebiasaannya gaji guru adalah daripada sumbangan orang ramai kepada Madrasah Hashimiah. Untuk masa sekarang terdapat 3 orang cikgu telah ditaja gajinya. 


    Tandatangan setelah menerima gaji

    Guru terima gaji dari Pengetua
    Selain pemberian gaji kepada guru-guru, Ustaz Hashim selaku Pengetua Madrasah Hashimiah juga bertanya tentang perkembangan para pelajar mengenai pelajaran mereka. Ustaz juga berbinacang dengan guru-guru bagaimana untuk meningkatkan prestasi pelajar. Guru-guru juga saling bertukar pendapat dan memberi maklumat untuk penambahbaikan pelajar. 

    Jika guru-guru mempunyai masalah berkaitan pelajran mereka akan rujuk ustaz serta saling bertukar pendapat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Perbincangan antara pengetua dan guru-guru
    Terima kasih kepada para penderma serta individu yang telah menyumbangkan gaji kepada guru-guru di Madrasah Hashimiah. Bagi yang berminat untuk menaja gaji guru di Madrasah Hashimiah, boleh hubungi terus pejabat Madrasah melalui telefon atau pun email. Segala jasa baik tuan dan puan hanya Allah yang mampu balas. Amin


    Iylia Makhtar
    Admin Madrasah Hashimiah
    No Tel/ Whatsapp ; 018 288 2754
    No Tel/Faks : 03-6120 3263
    Email ; mhashimiah@gmail.com