• Mesyuarat PIBG di Madrasah Hashimiah


    11 Oktober 2015  Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru diadakan setiap empat bulan di Madrasah Hashimiah. Mesyuarat PIBG ini bertujuan untuk memberikan perkembangan pelajar-pelajar kepada kedua ibu bapa mereka. Mesyuarat ini kebiasaanya akan diadakan selepas ujian penggal para pelajar. Ibu bapa atau pun waris akan datang ke Madrasah untuk mengetahui perkembangan dari segi pelajaran anak-anak mereka dan mereka juga akan tanya perkembangan pelajar melalui ustaz dan ustazah. 


    Ibu bapa dan waris pelajar

    Mesyuarat PIBG biasanya diadakan pada hujung minggu iaitu hari Ahad bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Ustaz Hashim selaku pengetua Madrasah Hashimiah juga akan memberikan ucapan serta pesanan kepada ibu bapa. Pada hari tersebut terdapat juga acara cabutan bertuah untuk ibu bapa, ustaz dan ustazah. Pelbagai hadiah yang disediakan untuk mereka. Cabutan bertuah ini bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa atau waris untuk hadir ke mesyuarat PIBG. Kebanyakan daripada mereka sibuk bekerja di Pasar Borong dan agak sukar untuk mendapatkan masa terluang mereka.


    Hadiah cabutan bertuah kepada Ibu Bapa

    Semoga segala usaha yang dilakukan oleh ustaz dan ustazah dapat membanggakan ibu bapa dan waris serta keluarga mereka. Moga semua para penderma sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Para penderma adalah antara orang yang penting dan banyak membantu kami di Madrasah. Terima kasih. Hanya Allah yang mampu membals segala kebaikan anda semua. 

    Iylia Makhtar
    Admin Madrasah Hashimiah
    No Tel/ Whatsapp ; 018 288 2754
    No Tel/Faks : 03-6120 3263
    Email ; mhashimiah@gmail.com