Membantu adik yang kecil memakai serban |
Anak-anak Bersiap untuk Solat Jumaat
Seperti biasa anak-anak akan bersiap awal untuk menunaikan kewajipan solat jumaat. Setiap kali bersiap anak-anak akan saling membantu dimana abang yang besar akan memainkan peranan mereka membantu adik-adik yang lebih kecil. Ikatan ukhuwah yang erat jelas kelihatan disitu , Selain mendidik mereka menjadi hafiz dan hafizah yang bagus anak-anak juga dididik menjaga akhlak yang baik, Saling hormat menghormati antara satu sama lain itulah yang diterapkan untuk anak-anak disini.
Insha Allah, dengan berkat doa dan sokongon dari banyak pihak anak-anak di Madrasah Hashimiah boleh berjaya dalam apa-apa bidang yang ingin diceburi.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak menghulurkan bantuan untuk anak-anak kami di Madrasah Hashimiah. Setiap sumbangan anda amat kami hargai tidak kiralah dalam apa jua bentuk sumbangan anda. Semoga kita selalu dibawah rahmatnya dan selalu berada didalam keredhaanya. Insha Allah amin.
Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik anda sekalian.
Ain Natasya
Admin Madrasah Hashimiah
No Tel/Whatsapp : 018 288 2754
Tel/Faks ;03 6127 5582
Email ; mhashimiah@gmail.com