• Bacaan Yassin oleh Anak-anak Madrasah Hashimiah


    Bacaan Yassin khususnya diadakan pada setiap malam Jumaat serta jika ada penderma yang ingin adakan bacaan yassin untuk arwah ahli keluarga mereka pelajar-pelajar serta ustaz akan bacakan yasin untuk mereka. Biasanya bacaan yassin akan dica oleh pelajar yang tinggal di asrama dan diketuai oleh Ustaz Zakaria.

    Jika ada penderma atau sesiapa pun yang ingin pelajar-pelajar bacakan yassin mereka akan memberi sedikit sumbangan untuk pelajar. Kebiasaanya sumbangan yang mereka berikan adalah dari segi makanan. Makan yang pelajar-peljar dapat seperti nasi untuk makan malam mereka. Bacaan yassin biasanya akan dibacakan selepas solat maghrib.

    Pelajar-pelajar bersedia untuk membacakan yassin

    Semoga niat dan sedekah mereka ini sentiasa berterusan. Mereka tidak mampu untuk membalas segala jasa baik penderma dengan harta, tapi mudah-mudahan doa dari mereka ini akan permudahkan segala urusan para penderma. Amin

    Iylia Makhtar
    Admin Madrasah Hashimiah
    No Tel/ Whatsapp ; 018 288 2754
    No Tel/Faks : 03-6120 3263
    Email ; mhashimiah@gmail.com