• Report Kad Madrasah Hashimiah Diperbaharui


    Kad laporan Madrasah Hashimiah sudah diperbaharui dan terima kasih diucapkan kepada Heart and Sparks kerana menaja kad laporan ini. Kad laporan ini akan akan menyimpan rekod pembelajaran anak-anak di Madrasah Hashimiah untuk 10 tahun. Progres ini akan diselia oleh guru-guru dan pastikan anak-anak ini dapat menjadi Hafiz dan Hafizah.

    Kad laporan ini penting kerana anak-anak di sini merupakan anak-anak pelarian. Mereka tidak dapat belajar di sekolah harian kerana faktor status mereka yang tidak mempunyai sebarang dokumentasi seperti kad pengenalan. Mereka cuma boleh bergantung harap kepada kad UNHCR dan tidak semua anak-anak di sini mempunyai kad UNHCR.

    Bagi yang berminat untuk menyumbang boleh hubungi terus pengetua, Ustaz Hashim 019-2621671.

    Harun Aziz
    Admin
    Madrasah Hashimiah