• Bacaan Para Huffaz di Madrasah Hashimiah


    Setiap hari Jumaat pada sebelah petangnya, setiap Hafiz dan Hafizah akan memperdengarkan bacaan dengan Pengetua Madarasah Hashimiah, Ustaz al Hafiz Hashim. Alhamdulillah, sehingga kini, ramai sudah murid-murid di sini yang giat menghafaz al Quran. Setiap bacaan akan diperiksa makhraj dan tajwid bagi memastikan apa yang telah dihafaz itu betul pada bacaannya.

    Para Huffaz ini biasanya akan bermula selepas solat Jumaat sehinggalah waktu Asar. Sehingga kini, jumlah murid-murid yang sudah masuk ke kelas Hafiz adalah sebanyak 40 orang termasuk lelaki dan perempuan.

    Harun Aziz
    Admin
    Madrasah Hashimiah