• MPV Diperlukan di Madrasah Hashimiah

    Naza Ria tahun 2005 dengan anggaran harga RM15k

    Saban hari Madrasah Hashimiah kerap menerima jemputan untuk aktiviti luar seperti musabaqah, tahlil, doa selamat dan juga lawatan sambil belajar. Namun terdapat juga jemputan yang terpaksa dibatalkan kerana Madrasah Hashimiah tidak mempunyai kenderaan yang cukup untuk membawa anak-anak Madrasah Hashimiah ke lokasi. Untuk menyewa van pula kos agak tinggi dan ada situasi dimana pihak Madrasah terpaksa mencari dana sendiri untuk kos sewa transport.

    Harga Nissan Serena Hybrid menjangkau RM150k

    Oleh itu, pihak Madrasah Hashimiah dengan rendah diri ingin memohon jasa baik para individu mahupun korporat yang dapat menaja sebuah van atau mpv untuk Madrasah Hashimiah. Jika ada rezeki boleh dapat mpv baru seperti Proton Exora, Perodua Alza atau Toyota Innova pun cukup baik. Atau sekiranya boleh dapatkan van yang lebih besar seperti Hiace juga sangat baik kerana boleh bawa lebih ramai anak-anak Madrasah Hashimiah untuk aktiviti luar. Nissan Serena Hybrid juga adalah pilihan di hati kerana boleh menjimatkan kos minyak, tetapi harganya agak tinggi.

    Hiace boleh muat lebih ramai dan anggaran harga ialah RM100k untuk model baharu

    Toyota Estima tahun 2000 dengan anggaran harga RM40k

    MPV atau van yang terpakai juga dialu-alukan seperti Naza Ria, Mitsubishi Grandis atau Toyota Estima lama tetapi dengan harapan kondisinya masih bagus. Kepada yang mempunyai rezeki lebih dan berminat untuk menaja, boleh hubungi terus Pengerusi Madrasah Hashimiah, Encik Muhammad di 0183800961 atau Pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Hafiz Hashim di 0192621671.

    Semoga dengan sumbangan atau tajaan ini dapat menggembirakan lagi anak-anak yatim dan pelarian di Madrasah Hashimiah dan mendapat keberkatan dariNya.

    Harun Aziz
    Admin
    Madrasah Hashimiah