• Al-Quran Menjadi Pelindung Jiwa Kanak-Kanak Di Madrasah Hashimiah



    Hari Jumaat merupakan hari yang cukup mulia dan hari yang cukup bermakna bagi seluruh umat Islam. Oleh yang demikian, peperiksaan agama yang melibatkan pembacaan Al-Quran pada hari Jumaat sangatlah sesuai di mana kanak-kanak ini berpeluang membaca Al-Quran pada hari yang cukup mulia. Banyak manfaat Al-Quran di bacakan pada hari Jumaat yang cukup mulia ini. Sangat-sangat sesuai peperiksaan ini diberikan pada hari Jumaat yang cukup barakah.

    Pelajar menunggu giliran untuk diuji

    Peperiksaan agama ataupun Al-Quran diuji oleh guru-guru agama yang mana para ustaz dan pengetua sendiri akan menilai mereka termasuklah pengerusi madrasah ini. Mereka memulakan peperiksaan seawal jam 8 pagi sehinggalah jam 11.30 pagi. Peperiksaan agama ini amat dititik beratkan oleh pengetua madrasah kerana beliau mahukan kanak-kanak di madrasah ini mempunyai Al-Quran di dada mereka sebagai panduan. Semasa peperiksaan, kanak-kanak tidak boleh membuat bising dan mereka mesti berada di dalam ruang peperiksaan untuk memudahkan nama mereka dipanggil dan dipantau.

    Diuji oleh pengetua madrasah iaitu U.Hashim

    En. Muhammad iaitu pengerusi madrasah menguji bacaan pelajar

    Kaedah yang dilakukan adalah melalui mendengar hafalan mereka satu persatu melalui surah yang sudah mereka hafal, kemudiannya melalui bacaan tajwid sama ada betul ataupun tidak. Untuk bacaan Al-Quran pula dilihat dari tajwid dan kelancaran bacaan serta makhraj. Pemarkahan daripada guru-guru agama juga sangat tegas memandangkan ianya berkaitan Al-Quran kerana setiap bacaan di dalam Al-Quran mestilah betul dan tepat. Bacaan yang betul mempunyai maksud yang betul dan sekiranya terdapat sedikit kesalahan sebutan dalam bacaan akan membawa maksud yang lain. Sebab itulah guru-guru agama menekankan dan menegaskan lagi skema pemarkahan mereka untuk Al-Quran.

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
    Pelajar Praktikal UKM
    Madrasah Hashimiah