• Tajaan Gaji Ustazah Bilkis Guru Pra Sekolah di Madrasah Hashimiah


    Nama: Ustazah Bilkis Binti Ramzan Ali
    Umur: 34 Tahun
    Gaji; Rm 700.00 
    Guru Kelas: Iqra Kelas C 
    Bahasa Myammar
    Latar Belakang Pendidikan: 
    - Mendapat pendidikan rendah di kawansan daerah di Myanmar
    - Menyambung ke sekolah menengah di kawasan yang sama 
    - Mendapat keputusan yang baik dalam peringkat menengah tinngi
    - Mendapat pendidikan di Matrikulasi selepas Ujian Pendidikan Tinggi
    - Menyambung di pelajaran di Universiti Yangon dalam program Ijazah Sarjana Muda Geografi 

    Sedang mengajar anak-anak pra-sekolah 

    Ustazah Bilkis salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah yang mengajar pra-sekolah. Pelajar-pelajar di antara umur 5 hingga 6 tahun. Beliau mengajar asas kepada kebanyakan subjek untuk memudahkan pembelajaran kanak-kanak di Madrasah Hashimiah  ini agar mudah untuk mereka ke peringkat seterusnya. Walaupun beliau berpelajaran tinggi, namun beliau memilih untuk membimbing kanak-kanak di madrasah ini sehingga berjaya.

    Kanak-kanak sedang mendengar arahan dari Ustazah Bilkis


    Terima kasih kami dahulu ucapkan kepada dermawan-dermawan yang sudi menaja gaji bagi guru-guru di Madrasah Hashimiah. Tidak lupa bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah

    Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada individu, pihak berkumpulan atau syarikat yang berminat untuk menaja Ustazah Bilqis setiap bulan. Gaji sebulannya hanya RM700. Tajaan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah