• Aktiviti Sukan di Madrasah Hashimiah




    Dalam mencari ilmu kerohanian fitrah manusia perlukan rangsangan fizikal untuk kecerdasan minda dan kesihatan tubuh badan, sama ada melalui pegerakkan kerja yang melibatkan fizikal atau melalui sukan yang di ceburi. Begitu juga bagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah mereka bukan saja Hafiz dan Hafizah malah mereka juga turut cemerlang dalam penglibatan  acara sukan. Pelajar-pelajar aktif dalam sukan futsal setanding dengan rumah-rumah anak yatim dan pelarian sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Hal ini dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri para pelajar. 

    Pertandingan futsal persahabatan bawah 17 tahun


    Peserta dari lain-lain rumah anak yatim


    Pasukan Madrasah Hashimiah memenagi tempat ke-dua




    Antara aksi di gelanggang futsal


    Pasukan futsal Madrasah Hashimiah di tubuhkan pada awal Februari pada tahun 2010 yang di wakili oleh pelajar-pelajar madrasah. Seramai 16 orang pelajar mewakili dua buah pasukan futsal telah ditubuhkan bawah 17 tahun dan bawah 12 tahun, Mereka bersama-sama akan melakukan latihan pada setiap petang atau pada hujung minggu pada waktu lapang. Madrasah Hashimiah sering menyertai pertandingan futsal yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan pertandingan. Antaranya Pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh Kindness Malaysia pada setiap 2 tahun dan Pertandingan Futsal Keceriaan anjuran. Adat pertandingan ada kumpulan yang kalah dan ada kumpulan yang menang. Terdapat beberapa pertandingan yang di sertai pasukan Madrasah Hashimiah yang memenangi pertandingan  dan ada juga yang pulang dengan hadiah saguhati. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah tetap cekal dan kuat semangat untuk terus berlatih untuk mencapai kemenangan pada pertandingan yang akan datang.

    Pasukan futsal di bawah 17 tahun

    Sesi memanaskan badan

    Pasukan Madrasah menjuarai pertandingan


    Walaubagaimanapun, diharapkan agar aktiviti sukan di Madrasah Hashimiah dapat terus bekembang kepada sukan-sukan lain seperti sukan sepak takraw, badminton dan berbasikal. Semoga pelajar-pelajar juga turut berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan pada masa yang sama tidak meninggalkan pelajaran. 
      

    Aksi perlawanan di gelanggang

    Antara ahli pasukan futsal

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk membawa pelajar - pelajar Madarasah Hashimiah untuk menyertai aktiviti sukan atau menaja peralatan dan baju sukan serta memberikan derma, sumbangan dan serta menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah