Madrasah Hashimiah
Pelajar-Pelajar Madrasah Hashimiah Beriadah Di Chalet Rimba Jinbara Di Kampung Kemensah Ampang Selangor
Minggu pertama bulan Januari tahun 2017, iaitu hari ahad bersamaan 1-1-2017 Madrasah Hashimiah mendapat jemputan ke majlis akikah, doa selamat serta tahlil di Chalet Rimba Jinbara, Kampung Kemasah, Ampang Selangor. Jemputan majlis akikah ini adalah dari En Nik Mohammad Azfi untuk majlis akikah anakanda beliau iaitu Nik Mohammad Qayyum dan menjemput pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah bacaan doa selamat dan tahlil untuk ahli keluarga En Mohammad Azfi.
Pelajar-pelajar sedang dengar taklimat ringkas
Dr Ain dan Ambril sedang sediakan air untuk pelajar-pelajar
Pelajar-pelajar sedang mengambil makanan yang di sediakan
Pelajar-pelajar sedang menikmati makanan yang di sediakan
Perjalanan dari madrasah ke Kampung Kemesah, dalam 12.00 tengah hari yang telah di jemput oleh tetamu yang sediakan 3 buah kereta dan di temani oleh sukarelawan Kindness Malaysia yang turut membantu dalam penglibatan bersama pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah untuk program tersebut. Perjalanan dari madrasah ke tempat distinasi mengambil masa selama 30 minit kerana kesesakan lalulintas. Sampai di saja di Chalet Rimba Jinbara, pelajar-pelajar di sambut oleh tuan chalet iaitu En Akin yang menanti kedatangan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Chalet ini sangat indah padanganya yang di hiasi dengan anak sungai yang mengalir di sebalik chalet Rimba Jimbara, ia sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Setelah di pertemukan oleh tuan chalet dan tuan majlis pelajar-pelajar memperkenalkan diri serta latar belakang Madrasah Hashimiah kepada En Nik Mohammad Azfi. Majlis pun bermula dengan solat zohor berjemaah dan membaca doa kesyukuran untuk majlis akikah anak kepada tetamu dan selasaikan dengan tahlil sebagai penutup majlis.
Abu Hurairah, Abu Bakar serta kawan-kawan sedang maadi sungai
Pelajar-pelajar sedang menikmati mandi sungai
En Syukur antara sukarelawan yang turut serta program
Dr Ain, Ambril serta Sarjahan antara yang hadir
Selapas selasai tahlil dan doa kesyukuran untuk majlis akikah, pelajar-pelajar telah di sediakan makanan untuk makan bersama tenaga pengajar dan sukarelawan Kindness Malaysia yang turut serta dalam program tersebut. Selesai makan, pelajar-pelajar di berikan masa untuk mandi di sungai sekitar chalet Rimba Jinbara bersama-sama sukarelawan dan tenaga pengajar. Pelajar-pelajar sangat gembira kerana dapat mandi bersama-sama di sungai yang di jaga bersih oleh pemilik chalet serta penduduk Kampung Kemesah. Setelah beberapa jam pelajar-pelajar menikmati mandi di sungai Kemesah, mereka bersiap untuk pulang ke Madrasah Hashimiah. Selesai semua persiapan untuk pulang ke madrasah, wakil dari chalet menyerahkan duit kepda setiap seorang pelajar-pelajar sebelum pulang ke Madrasah Hashimiah.
Selesai program di Chalet Rimba Jinbara di Kampung Kemasah
Gambar kenangan di akhir program akikah serta doa kesyukuran
Oleh yang demikian kami mengalu-alukan tetamu dari luar datang dan membawa pelajar-pelajar Madrasah Hasimiah untuk program luar dan dengan menyediakan pengankutan kerana madrasah tidak mempunyai pengankutan sendiri. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pembantu Tadbir
Madrasah Hashimiah
Madrasah Hashimiah