• Keperluan Barangan Dapur di Madrasah Hashimiah






    Madrasah Hasimiah merupakan sekolah komuniti yang berteraskan Al-Quran dan juga akedemik untuk pelajar-pelajar anak yatim dan pelarian Rohingya serta Myanmar Muslim. Madrasah juga telah menempatkan pelajar seramai 180 orang yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan pelajar yang menetap di asrama seramai 60 orang bagi pelajar lelaki sahaja. Makanan merupakan keperluan asas bagi madrasah bagi menampung pelajar-pelajar dan tenaga pengajar yang mana berhidmat di Madrasah Hashimiah. Ia menjadi keutamaan selain dana kewangan yang menangung kos operasi madrasah sebanyak RM 25,000- RM 30,000 untuk 1 bulan operasi. 

    Contoh daging tempatan atau import

    Daging yang siap di potong

    Ayam siap di potong 

    Ayam mentah dan sejuk beku 


    Madrasah Hashimiah juga menyediakan makanan untuk pelajar-pelajar. Penyediaan makan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sarapan, tengahari dan malam. Penyediaan makan untuk sarapan dan malam hanya untuk pelajar yang menetap di asrama iaituu untuk 60 orang pelajar. Manakala penyediaan makanan tengahari untuk kesemua pelajar yang menghadiri kelas pada hari tersebut iaitu 180 orang. Menu untuk setiap hidngan bertukar-tukar mengikut bajet yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan Madrasah hashimiah. Namun sekali-sekala pelajar-pelajar di madrasah berpeluang menikmati makanan yang sedap di atas sumbangan dermawan yang baik hati. Pelajar-pelajar di madrasah ini telah di didik untuk tidak berlebih-lebihan dalam makanan. Kerana pembaziran itu amalan yang tidak baik. Hal ini kerana, kos pembelanjaan di Madrasah Hashimiah bergantung sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai, persatuan dan syarikat koporat yang mana secara berterusan mahupun secara sekali datang. Sekiranya kewangan semakin susut, catuan makanan akan di buat untuk menampung kos-kos tetap untuk setiap bulan yang di tanggung oleh Madrasah Hashimiah. 

    Rempah cili Babas

    Minyak masak 5 kilo

    Rempah-ratus jenama Babas

    Bawang besar dan bawang putih

    Telur sumbangan orang ramai

    Antara sardin yang di derma untuk madrasah

    Biskut kering untuk makanan sampingan pelajar-pelajar

    Sumbangan orang ramai amat diperlukan dari segi kewangan mahupun barangan basah ataupun kering. Keperluan bahan basah seperti daging, ayam, ikan dan buah-buahan. Manakala bahan kering seperti bawang besar, bawang putih, ubi kentang dan rempah ratus cap babas . Sumbangan dari segi barangan yang tahan lama seperti telur, sardin dan biskut kerana simpanan sejuk beku terhad dan dapat menampung dalam jangka waktu beberapa minggu sahaja. Antara barangan yang boleh disumbangkan kepada Madrasah Hashimiah ialah:

    Untuk sekali hidangan:
    1) Daging - RM 280.00 x 15 kg = RM 4200.00
    2) Ayam - RM 17.00 x 125 kg ( 7 ekor ayam ) = Rm 2125.00
    3) Ikan - RM 80.00 x 10 kg = RM 800.00
    4) Udang - Rm 250.00 x 5 kg = RM 1250.00
    5) Minyak masak - RM 25.00 x 15 kg = RM 375.00
    6) Susu tepung - RM 25.00 x 20 kg = RM 500.00 
    7) Susu tin pekat manis - RM 2.30 x 150 unit = RM 345.00
    8) Ubi kentang - RM 5.00 x 5 gundi = RM 25.00
    9) Telur - RM 10.00 x 60 biji = RM 600.00
    10) Sardin - RM 7.00 x 20 tin = RM 140.00
    11) Rempah ratus (Babas) - RM 5.00 x 10 paket = RM 50.00

    Waktu makan: 
    1) Sarapan -  Pukul 7 pagi - 60 orang 
    2) Tengahari - Pukul 11 pagi - 120 hinnga 180 orang (bergantung kepada penderma)
    3) Malam - Pukul 5 petang  - 60 orang

    Perkakas dapur Madrasah Hashimiah 

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja makanan basah, makana kering serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiahatau ke akaun Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah