• Hari Pertama Latihan Industri Di Madrasah Hashimiah


    16/01/2017 (Isnin) adalah hari pertama saya sebagai pelajar latihan industri di Madrasah Hashimiah. Pertama sekali saya datang ke Madrasah ini saya bertemu dengan En. Allan (Admin) di Madrasah Hashimiah. Beliau memberi keterangan sedikit tentang Madrasah Hashimiah. Berikutnya, En. Muhammad datang di pejabat beliau memberi tugasan kepada saya. Tugasan yang perlu saya buat sepanjang saya di Madrasah Hashimiah.

    Suasana dalam kelas

    Di Madrasah Hashimiah ini subjek yang diajar adalah pengajian A-Quran,Alim(Tauhid,Feqah dll),Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Bahasa Myammar,Matematik,Sains,Komputer(Microsoft Word). Bangunan ini terdapat 3 tingkat, Rutin harian di Madrasah Hashimiah iaitu sarapan pada jam 7 pagi, sesi pagi Al-Quran dari 8pagi sampai jam 11 pagi. makan tgh hari jam 11.00 pagi. selepas itu mereka amik masa sejam tidur sebentar. Mula kelas semula jam 2.00 tengah hari sehingga 4.30 petang iaitu sesi kelas akademik. Hari selasa dan khamis belajar Bahasa Melayu

    Di kelas Madrasah Hashimiah
    Ini buat kali pertama saya melihat sesi pelajaran anak-anak pelarian Rohingya. Walaupun kelas yang sempit tetapi suasana yang agak meriah . Sangat comel anak-anak ini. Dengan ini saya dapat belajar benda baru disini yang tidak pernah dapat sebelum ini. Selagi saya berada disini saya akan berkhidmat dengan baik di Madrasah Hashimiah.


    Nur Shahira Binti Zulkifli
    Pelajar Latihan Industri 
    Madrasah Hashimiah