• Persediaan Majlis Penyampaian Hadiah Kali ke-17






    Pada 30 April 2017 akan diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah Tahfiz Al-Quran dan Anak-Anak Yatim. Kini pelajar-pelajar baru habis menjalani peperiksaan akhir pada tahun ini sebelum bulan Ramadhan tiba. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, ia juga memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh pada masa akan datang.

    Peperiksaan akhir

    Alhamdulillah pada tahun ini 3 orang pelajar telah Berjaya menjadi hafiz hafizah. Mereka itu adalah adik Shahid bin Jamal 18 tahun, adik Zubair bin Adam 17 tahun dan adik Nasimah binti Nur Mohd 16 tahun.
    Hadiah kipas tajaan Team Sadaka dan Prelove4charity

    Hadiah cerek elektrik tajaan Kindness Malaysia
    Hadiah akan diberikan kepada pelajar terbaik bagi setiap subjek dan kelas. Majlis ini diadakan setiap tahun untuk menjadikan inspirasi kepada anak-anak disini untuk belajar bersungguh-sungguh dan melahirkan lebih ramai hafiz-hafizah daripada kalangan pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di Madrasah Hashimiah.

    Uniknya di madrasah ini adalah, hadiah yang disediakan untuk anak-anak disini terdiri daripada barang-barang keperluan rumah. Ini kerana, pihak madrasah ingin mereka dapat membantu keluarga mereka dengan hadiah yang mereka perolehi. Antara hadiah yang disediakan adalah kipas elektrik, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, mangkuk tingkat dan banyak lagi. Hadiah-hadiah ini telah ditaja oleh ramai NGO antaranya Kindness Malaysia, Humanity, Prelove4charity, Team Sadaka, Lets Put Smile on Their Faces dan ramai lagi. Alat-alatan ini dapat dikongsi dengan seluruh isi keluarga. 
                      
    Latihan nasyid qasidah bimbingan Ustaz Naseem

    Pihak madrasah mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis penyampaian hadiah ini. Sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754. Semoga dengan sumbangan anda semua dapat menyuntik semangat anak-anak Hashimiah untuk terus belajar, dan moga usaha ini sentiasa mengadapat keberkatan dariNya.

    Norhayati Abd Rahim
    Pelajar Latihan Industri
    Madrasah Hashimiah