• Peperiksaan Akhir Di Madrasah Hashimiah 2017


    Pada 9 April hingga 19 April yang lalu telah diadakan peperiksaan tahunan Madrasah Hashimiah. Tujuan utama peperiksaan ini adalah bagi menguji tahap kefahaman pelajar-pelajar selepas setahun menuntut ilmu. Peperiksaan ini penting untuk guru-guru mengetahui tahap pembelajaran setiap pelajar.
    Adik-adik fokus menjawab soalan

    Peperiksaan terbahagi kepada dua bahagian, Bahagian pertama peperiksaan mata pelajaran agama dan yang kedua mata pelajaran akademik.

    HARI/TARIKH
    SUBJEK
    WAKTU
    09/04/2017
    AHAD
    TAJWID
    AL-QURAN
    HADIS 40
    DOA HARIAN

    7.30AM - 11.00AM
    11/04/2017
    SELASA
    BAHASA MELAYU
    KELAS A
    09:00 AM
    12/04/2017
    RABU
    BAHASA INGGERIS
    10:00 AM
    BAHASA MELAYU
    KELAS C
    02:00 PM
    13/04/2017
    KHAMIS
    KOMPUTER
    05:00 PM - 06:00 PM
    06:00 PM - 07:00 PM
    14/04/2017
    JUMAAT
    KOMPUTER
    05:00 PM - 06:00 PM
    06:00 PM - 07:00 PM
    15/04/2017
    SABTU
    KELAS MENJAHIT
    08:00 AM – 11:00 AM
    18/04/2017
    SELASA
    MYANMAR  +   BAHASA INGGERIS
    08:30 AM – 10:00 AM
    19/04/2017
    RABU
    MATEMATIK
    SAINS
    08:00 AM – 11:00 AM
    20/04/2017
    KHAMIS
    GEOGRAFI
    08:00 AM – 11:00 AM
     Jadual peperiksaan 

    Pada Ahad 9 April yang lalu telah diadakan peperiksaan Al Quran yang lebih dikenali sebagai “Peperiksaan Besar”. Guru-guru daripada luar telah hadir untuk menyemak dan menguji hafalan Al-Quran pelajar-pelajar disini. Guru yang dijemput adalah daripada pelbagai madrasah disekitar Lembah Klang antaranya Cheras, Ampang dan banyak lagi. Bilangan guru yang dijemput adalah seramai 42 orang ustaz.
     
    Barisan ustaz-ustaz menyemak bacaan pelajar
    Pelajar bersungguh-sungguh menjawab soalan yang diberi
    Antara perkara yang diuji dalam peperiksaan kali ini adalah ujian hafalan, ujian Tajwid dan ujian Doa Harian. Ujian ini dilakukan dengan cara tasmi’ iaitu pelajar memperdengarkan hafalan mereka dan ustaz mendengar dan menyemak.
    Peperiksaan Bahasa Myanmar
    Guru memberi arahan kepada pelajar sebelum peperiksaan bermula

    Bagi peperiksaan akademik pula pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan pada kertas soalan yang disediakan. Yang unik nya dimadrasah ini, untuk mata pelajaran Geografi, Sains dan Matematik soalan dibuat dalam Bahasa Myanmar. Harapan kami agar pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari dan berjaya dunia dan akhirat.

    Dan sesungguhnya kalau mereka mengamalkan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka) (An-Nisaa: 66)
    ü     Jika para dermawan yang berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat  Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah) berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.


    Nur Hayati Binti Abd Rahim
    Pelajar Latihan Industri Usim
    Madrasah Hashimiah