• Hidangan Istimewa Sempena Bulan Ramadhan DI Madrasah Hashimiah

    Sebahagian masakan Myanmar di bulan puasa
    Setiap kali Ramadhan menjelang pasti umat Islam sangat teruja dalam menanti ketibaan bulan yang penuh kelebihan dalam setiap amal ibadah yang dituntut oleh Allah S.W.T pada setiap hambaNya. Jika di kalangan rakyat tempatan setiap bulan puasa mesti ada keistimewa dalam sesuatu pekara termasuklah juadah berbuka puasa. Madrasah Hashimiah juga mempunyai juadah yang istimewa iaitu buburma yang di masak dengan resepi Burma, atau dikenali sebagai bubur lambuk oleh masyarakat tempatan.

    Pelajar madrasah sedang menunjukan buburma atau bubur Harlem


    Buburma menjadi menu wajib untuk berbuka 
    Madrasah Hashimiah juga tidak terlerlepas daripada menyediakan juadah istimewa ini sempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Sejak madrasah ini ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu, buburma merupakan juadah wajid untuk berbuka puasa di madrasah. Buburma ini mempunyai ramuan yang berbeza dari bubur lambuk masyarakat  tempatan, antara bahan-bahan yang di gunakan ialah campuran beberapa jenis kacang seperti kacang dal arhar, kacang dal mung, kacang merah, kacang kuda kering dan bijiran faro yang membuatkan buburma ini istimewa. Menyediakan buburma ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana masa untuk menyediakannya lebih dari 5 jam, bergantung bahan-bahan yang di gunakan dalam memasak buburma Buburma mula di masak dalam waktu pagi dan selesai di masak dalam waktu 3.30 petang. 

    Campuran 5 jenis kekacang yang menjadikan buburma istimewa
    Buburma atau di kenali bubur Harlem merupakan makanan tradisi masyarakat Myanmar di bulan Ramadhan. Walaupun mereka berada di Malaysia, tradisi turun-temurun mereka masih lagi dikekalkan. Madrasah Hashimiah memasak buburma pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Selain menjadi menu wajib untuk berbuka, buburma jugak menjadi sumber pendapatan di Madrasah Hashimiah. Buburma turut di jual di hadapan Madarasah Hashimiah kepada masyarakat setempat di sekitar pasar borong Selayang. Buburma menjadi sumber pendapatan untuk Madrasah Hashimiah sepanjang bulan Ramadhan. Bagi orang ramai yang berminat untuk merasa sendiri buburma ini, boleh datang ke Madrasah Hashimiah bermula jam 4 petang. Setiap bungkus dijual dengan harga RM4.

    Jualan buburma di hadapan Madrasah Hashimiah
    Bagi dermawan yang bermurah hati dan berminat untuk menaja makanan basah, makanan kering serta memberi derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah boleh terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah