• Tajaan Untuk Berbuka Puasa dan Sahur Di Madrasah Hashimiah 1438 Hijrah


    "Hai orang-orang yang beriman, di wajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Al-Balqarah 2:183
    Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Pada tahun ini Ramadhan jatuh pada 27 Mei 2017 iaitu pada hari Sabtu. Pelajar-pelajar dan kakitangan di Madrasah Hashimiah turut merasai kehangatan menanti tibanya bulan yang penuh barakah ini.

    Kegembiraan wajah pelajar-prlajar madrasah apabila dapat cenderhati
    Seperti tahun sebelum ini, Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada penaja yang baik hati untuk menaja pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah berbuka dan sahur. Para penaja boleh menyumbang dalam bentuk makanan mahupun wang ringgit. Di samping itu, para penaja juga boleh mengambil peluang ini untuk berbuka bersama para pelajar dan merasai suasana Ramadhan bersama masyarakat Rohingya dan Myanmar Muslim. Kehadiran penaja untuk berbuka puasa bersama dapat memberikan suasana yang meriah  dan menceriakan pelajar-pelajar.

    Sumbangan duit raya kepada para pelajar

    Penaja berbuka puasa bersama pelajar-pelajar


    Rujukan buat penaja yang bermurah hati untuk menaja pelajar-pelajar sahur dan berbuka, tajaan sahur untuk 100 orang memerlukan sumbangan RM 300.00 untuk satu kali sahur. Manakala tajaan untuk berbuka puasa untuk 150 orang memerlukan sumbangan sebanyak RM 500.00 untuk satu kali berbuka puasa. Di samping itu juga penaja yang baik hati boleh membawa sumbangan berbentuk makanan sebagai menu tambahan sama ada untuk berbuka mahupun waktu bersahur. 

    Jemputan berbuka puasa di luar

    Antara juadah berbuka puasa yang di taja 
       “Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”~HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192

    Sebarang tajaan untuk sahur dan berbuka puasa, boleh di salurkan dalam bentuk wang ringgit dan juga bentuk makanan. Wang ringgit boleh di salurkan melalui akaun Madrasah Hashimiah iaitu CIMB - 8600202864 dan MAYBANK - 562151419729. Manakala jika ingin memderma makanan dan sumbangan lain, boleh datang ke Madrasah Hashimiah dan boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah Ustaz Hashim bin Kassim 019-262671 atau Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754/03-6127 5582


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah